LATAR BELAKANG COMBAT OF SHADOW Salam sejahtera kepada semua pembaca blog kami.Latarbelakang COMBAT OF SHADOW MUAYTHAI CLUB ini ditubuhkan pada april 2007 dengan hanya 3 orang NAKMUAY(anak muaythai).Seorang daripadanya adalah tenaga pengajar muaythai dan 2 orang lagi adalah tenaga pengajar seni silat.Ianya ditubuhkan untuk pelajar yang ingin meguasai ilmu pertahankan diri.Combat of shadow ini juga bukan bertumpu pada muaythai saja serta kepada persilatan juga.Kenapa namanya ada bunyi english,sebabnya terbuka kepada umum.semua jenis seni yang ada didalam club ini adalah dari satu guru juga.Cara pembelajaran kami adalah lebih dari cara kekampungan sedikit sebab ingin merasai suasana zaman dulu-dulu..Kami memulakan latihan pada waktu malam di kawasan taman rekreasi taman bukit indah.Latihan 4 hari dalam seminggu.Oleh kerana pelajar semakin bertambah,tempat kami berpindah randah dan telah mencecah pelajar seramai 48 orang.Disini cara dan teknik pembelajaran yang diajar amatlah berbeza sedikit,kerana tekniknya diambil dari asal yang digunakan askar siam pada tahun kurun ke18.Ianya dititik beratkan kepada seni tempur lasak untuk pertahankan diri.Seni ini ada perbezaan di antara permainan tomoi yang anda lihat diluar sana.Pembelajaran ini sangat lama untuk dipelajari dan mempuyai kesabaran yang tinggi.APA PUN SEMUA JENIS SENI MEMPERTAHANKAN DIRI DI DUNIA INI ADALAH YANG TERBAIK. YANG TIDAK BAIK ITU DATANG DARI PELAJAR ITU SENDIRI,apa pun pemberian guru kita adalah yang terbaik.harap positifkan fikiran kita,renung2kan lah... akhir kata dari kami.....WASSALAM KEPADA SEMUA PEMBACA...
COMBAT OF SHADOW MUAYTHAI CLUB
Salam sejahtera dan salam selamat kepada semua pembaca..kami ingin memberi tahu yang kami berada di alamat;COMBAT OF SHADOW MUAYTHAI CLUB NO 89B, JALAN PERSISIRAN PERLING, TAMAN PERLING, 81200 TAMPOI JOHOR BAHRU, JOHOR.
ALLHAMDULLILAH kepada yang mengikuti COSMC, dan sekarang kami telah ada gym sendiri yang beralamat di atas.Cara pembelajaran yang ada disini sangat terbuka bermaksud tidak memaksa kepada pelajar tersebut.Ianya boleh dipelajari dari semua peringgkat umur tak kira,yang penting ianya berminat.Kepada pembaca jika anda mempuyai anak sama ada anda sendiri ianya bergantung pada hati...DIlema sukan atau pembelajaran tomoi atau muaythai masih di pandang tidak selesa pada mata masyarakat dan ada yang masih tidak boleh menerima,persoalan ini yang sudah lama kami dengar. Jawapanya pun sudah lama terjawab.Semua jenis seni bela diri dinuia ini sungguh banyak dan beratus ada diseluruh negara juga bermacam-macam jenis penghayatan yang ada dan cara ilmu serta pemahaman tentang agama masing-masing(jika salah disisi agama kita maka salahlah ia,jika tidak maka tidaklah ia).Permainan atau sukan mahupun seni bela diri MUAYTHAI ini adalah asalnya dari siam.Bukan hanya seninya dari siam malah agamanya adalah budha.Adakah kita tidak dapat mengolah sistem pembelajarannya supaya dapat di miliki oleh orang yang berbangsa melayu yang megikut kaedah islam. Seni ini telahpun di olah dalam 90 peratus dari asal supaya kita tidak meyimpang dari landasan agama.Berilah kami ruang untuk mendidik anak bangsa kita sendiri ke jalan yang diredhahi oleh agama.Sitem pertahanannya tidak di tukar hanya beberapa sahaja yang di tukar.Kenapa tidak di selidik dahulu baru tahu dimana salah dan betul jalanya.Kepada pembaca blog kami,apa yang kami harapkan anda sendiri menilaikan yang mana untuk anda fikirkan untuk diri anda.Untuk menjadi juara atau peninju sukan tomoi ini kenalah banyak bersabar,banyak berlatih,kena kuat mental fizikal dan aktif.Nampak macam bahaya tapi tak bahaya pun kalau tahu tekniknya.Jika anda ingin mencuba,kami amatlah mengalu-alukan kedatangan anda ke gym kami 89b jalan persisiran perling,taman perling, 81200 tampoi , johor bahru,johor ,malaysia..Sampai jumpa..
ALLHAMDULLILAH kepada yang mengikuti COSMC, dan sekarang kami telah ada gym sendiri yang beralamat di atas.Cara pembelajaran yang ada disini sangat terbuka bermaksud tidak memaksa kepada pelajar tersebut.Ianya boleh dipelajari dari semua peringgkat umur tak kira,yang penting ianya berminat.Kepada pembaca jika anda mempuyai anak sama ada anda sendiri ianya bergantung pada hati...DIlema sukan atau pembelajaran tomoi atau muaythai masih di pandang tidak selesa pada mata masyarakat dan ada yang masih tidak boleh menerima,persoalan ini yang sudah lama kami dengar. Jawapanya pun sudah lama terjawab.Semua jenis seni bela diri dinuia ini sungguh banyak dan beratus ada diseluruh negara juga bermacam-macam jenis penghayatan yang ada dan cara ilmu serta pemahaman tentang agama masing-masing(jika salah disisi agama kita maka salahlah ia,jika tidak maka tidaklah ia).Permainan atau sukan mahupun seni bela diri MUAYTHAI ini adalah asalnya dari siam.Bukan hanya seninya dari siam malah agamanya adalah budha.Adakah kita tidak dapat mengolah sistem pembelajarannya supaya dapat di miliki oleh orang yang berbangsa melayu yang megikut kaedah islam. Seni ini telahpun di olah dalam 90 peratus dari asal supaya kita tidak meyimpang dari landasan agama.Berilah kami ruang untuk mendidik anak bangsa kita sendiri ke jalan yang diredhahi oleh agama.Sitem pertahanannya tidak di tukar hanya beberapa sahaja yang di tukar.Kenapa tidak di selidik dahulu baru tahu dimana salah dan betul jalanya.Kepada pembaca blog kami,apa yang kami harapkan anda sendiri menilaikan yang mana untuk anda fikirkan untuk diri anda.Untuk menjadi juara atau peninju sukan tomoi ini kenalah banyak bersabar,banyak berlatih,kena kuat mental fizikal dan aktif.Nampak macam bahaya tapi tak bahaya pun kalau tahu tekniknya.Jika anda ingin mencuba,kami amatlah mengalu-alukan kedatangan anda ke gym kami 89b jalan persisiran perling,taman perling, 81200 tampoi , johor bahru,johor ,malaysia..Sampai jumpa..
COSMC
KENALAN
Saturday, 17 November 2012
Thursday, 27 September 2012
NEXT EVENT ON 11 NOVEMBER 2012 SMTCC 6
NEXT EVENT ON 11 NOVEMBER 2012
KEJOHANAN JUARA-JUARA CMTCC 6
LOCATION : ACOMPLEX MUHIBAH TAMAN BOLTONBATU CAVES SELANGOR
TIME : 08.00 AM - 16.00 PM
FIGHT : 5 ROUND ,
3 MINT PER ROUND ,
2 MINT REST
CHAMPIONS TO CHAMPIONS FROMM
SMTCC 1 TO SMTCC 5
TO FIGHT SEMI PROFESIONAL GAMES
FOR BUILT NEW COMER FIGHTER
KEJOHANAN JUARA-JUARA CMTCC 6
LOCATION : ACOMPLEX MUHIBAH TAMAN BOLTONBATU CAVES SELANGOR
TIME : 08.00 AM - 16.00 PM
FIGHT : 5 ROUND ,
3 MINT PER ROUND ,
2 MINT REST
CHAMPIONS TO CHAMPIONS FROMM
SMTCC 1 TO SMTCC 5
TO FIGHT SEMI PROFESIONAL GAMES
FOR BUILT NEW COMER FIGHTER
PLEASE COME OUR GYM OPEN EVERYDAY ON 10 OCTOBER 2012
PLEASE COME OUR GYM OPEN NOW ON
01 OCTOBER 2012..
CERTIFICATE MUAYTHAI TRAINERS
BEGINNER PER MONTH RM 60.00 = 8X
LADIES PER MONTH RM 40.00 = 4X
RM 100.00 PER YEAR FEES FOR MEMBERS.
OPENING HOURS:
MON - SAT 2.30 pm - 6.00 pm
REST - 6.00 pm - 8.00 pm
OPEN BACK - 8.00 pm - 11.45 pm
SUN 10.30 am - 12.30 pm
THE GOOD TIME TRAINING AFTER 6.00 pm
ADD:
COMBAT OF SHADOW MUAYTHAI CLUB
89B,
JALAN PERSISIRAN PERLING,
TAMAN PERLING,
81200 TAMPOI,
JOHOR.
( OPPOSITE FLY OVER U TURN TAMAN PERLING, ONE BUILDING JOHAN RESTAURANT, AFFTER 7 ELEVEN BUILDING )
FACEBOOK : NAKMUAY IKHWAN COSMC
EMAIL : combatofshadowclub@gmail.com
BLOG : www.http///combatofshadow.blogspot.com
PLESE CONTACT TO REGISTER MR. EDEE 014-2784455
TRAIN AT YOUR OWN TIME NO FIXED SCHEDULES!!


01 OCTOBER 2012..
CERTIFICATE MUAYTHAI TRAINERS
- PRIVATE CLASSES ( IN DOOR TRAINING OR OUT DOOR TRAINING )
- RM 100 PER CLASS, BUY 5 CLASSES GET 1 FREE!!
- PER CLASS 1 1/2 HOURS.
- KIDS CLASSES ALSO AVAILABLE FROM 5 YEARS
- LADIES GROUP CLASSES ALSO AVAILABLE
- MUAYTHAI CLASSES
BEGINNER PER MONTH RM 60.00 = 8X
LADIES PER MONTH RM 40.00 = 4X
RM 100.00 PER YEAR FEES FOR MEMBERS.
OPENING HOURS:
MON - SAT 2.30 pm - 6.00 pm
REST - 6.00 pm - 8.00 pm
OPEN BACK - 8.00 pm - 11.45 pm
SUN 10.30 am - 12.30 pm
THE GOOD TIME TRAINING AFTER 6.00 pm
ADD:
COMBAT OF SHADOW MUAYTHAI CLUB
89B,
JALAN PERSISIRAN PERLING,
TAMAN PERLING,
81200 TAMPOI,
JOHOR.
( OPPOSITE FLY OVER U TURN TAMAN PERLING, ONE BUILDING JOHAN RESTAURANT, AFFTER 7 ELEVEN BUILDING )
FACEBOOK : NAKMUAY IKHWAN COSMC
EMAIL : combatofshadowclub@gmail.com
BLOG : www.http///combatofshadow.blogspot.com
PLESE CONTACT TO REGISTER MR. EDEE 014-2784455
TRAIN AT YOUR OWN TIME NO FIXED SCHEDULES!!
Wednesday, 25 July 2012
PEMIKIR BANGSA
Sheikh Ahmad Bin Muhammad Zain Al-Fatani
Pemikir BangsaOleh - 'Abdullah Zaidi bin Hassan
Syaikh Ahmad Bin Muhammad Zain Bin Mustafa al-Fatani RH adalah seorang Muslim-Melayu yang merupakan antara peribadi kemuncak di dalam sejarah tamaddun Melayu dari zaman Melaka sehingga kini. Syaikh menyatakan sifat dirinya sebagai:
Yang dibangsakan kepada Imam Abi al-Hasan al-Asya‘ari mazhabnya lagi kepada Melayu bahasanya lagi kepada Patani tuturannya lagi kepada kenyataan isyaratnya. (1)
Syaikh adalah seorang ulama yang menghabiskan umurnya berkhidmat kepada ilmu, seorang pengerak masyarakat yang berfikir merentasi negeri kelahirannya, merangkul keseluruhan rantau Melayu dan kesejagatan ummah. Seorang yang meneruskan warisan ilmu dan hikmah para ulama dan hukama dari zaman silam serta bersedia untuk mengharungi masa mendatang yang mengandungi belbagai penemuan. Seorang sufi yang mengusahakan kejilahan hati dan agar diri tiada sunyi dari berzikir bagi menikmati kemanisan bersama Tuhannya, serta di masa sama dia bergerak cergas pula di dalam masyarakat bersama raja-raja dan para fuqara. Dia teramat sayang kepada ilmu dan amalan agamanya yang mulia, lanjutan kepada sayang yang amat itulah yang mencambahkan sayangnya kepada bangsa, tanah air dan bahasanya.
Latar Belakang Masyarakatnya Datuk beliau Syaikh Mustafa Bin Muhammad adalah seorang panglima Istana Raja Patani, yang telah mengundur diri selepas tentera Raja Patani kalah perang dengan tentera Siam, lalu membuka pondok pengajian di Kampong Sena Janjar, daerah Jambu.
Dikatakan beliau mendapat ‘pembukaan’ dari Allah dengan diperlihatkan air telaganya melimpah keluar pada suatu malam akhir Ramadan, yang beliau fahami sebagai petanda malam Lailatu al-Qadr. Beliau telah berdoa pada sisi telaga itu agar zuriat beliau menjadi ulama. Telaga itu masih ada sehingga sekarang dan berada tidak berapa jauh dari kubur beliau. Empat anak lelakinya telah menjadi ulama terbilang, Syaikh Abdul Latif telah bergiat di Bangkok, Syaikh Daud dan Syaikh Muhammad Zain, ayahnya Syaikh Ahmad bergiat di Makkah dan Syaikh Abdul Qadir, yang dikenali sebagai Tok Bendang Daya di Patani.
Sebelum kelahiran Syaikh Ahmad, Patani berada di dalam keadaan yang tegang. Berapa siri peperangan telah berlaku di antara tentera Siam dan tentera Raja Patani. Di dalam peperangan 1831, Long Muhammad Raja Kelantan telah menghantar bantuan tentera di bawah pimpinan Raja Muda Kampong Laut dan Raja Banggol, sementara Sultan Terengganu telah menghantar bantuan di bawah pimpinan Panglima Tengku Idris. Takdirnya Patani telah kalah perang, Tuan Sulung, Raja Patani dan Tuan Kundur ,Raja Jala telah melarikan diri ke Kelantan, sementara Tuan Kecik, Raja Nongcik dan Tuan Dah, Raja Legeh lari ke hulu Patani. Tuan Kecik telah diburu dan dibunuh oleh tentera Siam, Tuan Dah sempat melarikan diri ke Perak. Siam telah mengancam untuk menyerang Kelantan dan Terengganu kerana telah menghantar bantuan menyokong Raja Patani. Lalu pada tahun 1832, Long Muhammad, Sultan Kelantan terpaksa menyerahkan Tuan Sulung dan Tuan Kundur kepada Siam dan Terengganu pula menyerahkan Panglima Demit, Panglima Mahmud, Panglima Pie’ dan Panglima Ahmad. Seramai 4,000 orang tawanan perang telah dibawa ke Bangkok.
Pada Tahun 1838, Kedah pula melancar serangan untuk memerdekakan diri daripada Siam, iannya juga disertai oleh panglima raja-raja Melayu lainnya, peperangan ini telah sampai hingga ke Chenok, kemudian tentera Melayu dapat dipatahkan oleh tentera Siam. Syaikh Ahmad membuat sedikit catitan tentang perjuangan yang panjang itu:
(Faedah) awal musuh Patani dengan Siam itu pada tahun ular besar iaitu tahun 1235 daripada hijrah sah dan nama raja yang musuh dengan Siam itu Long Abdul Qadir anak saudara Raja Nik yang jadi raja dahulu daripadanya (2)
Pada tahun 1842, Kelantan berada di dalam keadaan kucar kacir kerana peperangan saudara di antara Tuan Senik Mulut Merah melawan Raja Dewa Penambang, Raja Muda Tengku Sri Indera dan Tengku Muhammad anak Raja Muda Kampong Laut. Tuan Senik telah mendapat bantuan Siam untuk mengukuhkan kedudukan baginda, sebagai penyelesaian bagi perang saudara ini, pihak Siam telah membawa Tengku Mahammad dan penyokong baginda ke Patani dan dilantik menjadi raja pada pertengahan tahun 1842, berkebetulan Patani ketiadaan raja di waktu itu.
Keadaan Patani agak tenteram di bawah pemerentahan Raja-raja asal Kelantan ini. Tengku Muhammad diganti oleh anakanda baginda Tengku Putih . Pada tahun 1881. Tengku Putih pula diganti oleh Tengku Timun. Tengku Timun diganti oleh Tengku Sulaiman Syarif ad-Din pada tahun 1890. Baginda telah membuat banyak kemajuan di negeri Patani termasuklah meluruskan saliran Sungai Patani sepanjang 7km dan membina Masjid Batu di Cabang Tiga. Baginda diganti oleh Tengku Abdul Qadir Qamar ad-Din pada tahun 1899.
Pada tahun 1902 Siam telah merancang untuk mengubah sistem pemerintahan di kawasan selatan dengan menghapuskan kekuasaan Raja-raja Melayu. Raja-raja Melayu telah menurunkan tanda tangan perstujuan kecuali Raja Patani, Raja Reman dan Raja Legeh. Akhirnya Raja Raman dan Raja Legeh telah dipaksa menurunkan tanda-tangan. Tinggallah Sultan Abdul Qadir yang berkeras, kemudiannya baginda dipenjarakan di utara Bangkok dan dibebaskan pada tahun 1905. Baginda telah berundur ke Kelantan dan mangkat di Kelantan pada tahun 1933. (3)
Ditakdirkan Allah yang keseluruhan hidup Syaikh Ahmad bersamaan dengan tempuh pemerintahan Raja asal Kelantan di Patani, beliau dilahirkan pada tahun pertabalan Tengku Puteh sebagai Raja Patani dan beliau meninggal selepas Raja terakhir dari keturunan ini dilucutkan kuasa oleh Kerajaan Siam. Begitupun Syaikh Ahmad bergiat di Hejaz dan Masir bukan di tanah tumpah darahnya, Patani. Syaikh Ahmad mencatitkan:
(Faedah) Diperanakkan Ahmad Bin Muhammad Zain Bin Mustafa Bin Muhammad Fatani pada malam jumaat waktu jendera budak 5 haribulan Syaaban daripada tahun 1272, tahun ular besar pada bulan 5 daripadanya dengan istilah Siam pada hari yang keenam daripada bulan yang keenam pada istilah Melayu dan tempat beranaknya pada kampong Jambu, negeri Jerim daripada bumi Patani dan masya’nya kampong Jambu itu dan Kampong Sena Janjar. (4)
Syaikh Ahmad tidak lama membesar di Patani, ketika berusia empat tahun beliau telah dibawa oleh ayahnya ke tanah suci, Makkah. Di sini beliau telah menjalani kehidupan sebagai seorang penuntut yang gigih, ketika berumur belasan tahun beliau menyambung pelajarannya di Masir. Di sana beliau telah mula menghasilkan tulisan sendiri dan terjun di dalam kerja-kerja penerbitan kitab-kitab Melayu .
Beliau kembali ke Makkah sebagai seorang ilmuan yang disegani dan penyair yang terbilang. Beliau segera didatangi oleh murid-murid yang ramai terutama dari rantau Melayu. Walaupun terdapat ramai ulama dari rantau kita di waktu itu yang bergiat di bumi Makkah, tetapi kedudukan Syaikh Ahmad agak teristimewa. Selain daripada menguasai ilmu-ilmu tradisional agama seperti ulama yang lainnya,beliau juga memiliki kesungguhan untuk memahami perkembangan kemajuan yang sedang pesat berlaku dan beliau berusaha untuk memanafaatkan kemajuan itu untuk meninggikan agama Islam dan memartabatkan bangsanya.
Beliau juga telah mengadap Sultan Abdul Abdul Hamid II untuk membenarkan percetakan kitab-kitab Melayu di Makkah. Beliau juga telah membawa beberapa orang muridnya mengunjungi Syam untuk bertemu Syaikh Muhammad Yusuf an-Nabhani, kemudian mengunjungi Masir dan bertemu dengan Syaikh Muhammad Abduh. Beliau juga menghantar muridnya ke beberapa daerah untuk tujuan dakwah, terutamanya beberapa muridnya telah pergi ke Kemboja Beliau mengambil berat tentang nasib yang menimpa anak bangsanya [istilah Syaikh Ahmad ialah anak jenisnya].
Zaman Syaikh Ahmad bergiat berkebetulan dengan zaman kejatuhan kerajaan Uthmaniyyah di Istanbul, banyak daripada kawasan pemerentahan Uthmaniyyah telah jatuh ke tangan negara-negara barat. Syaikh sangat mengkagumi sejarah kebesaran kerajaan Uthmaniyyah di zaman lampau dan mengharapkan pemerentahan Uthmaniyyah akan berterusan demi kepentingan ummah. Di waktu yang sama beliau sangat insaf tentang kelemahan dan kemunduran ummah serta kekuatan pihak lain hasil kemajuan yang sedang berlaku di Eropah dan Amerika ketika itu.
Jarak masa yang mana syaikh bergiat-cergas dengan kerja-kerjanya di dalam bidang-bidang yang belbagai itu tidaklah begitu panjang. Ketika umurnya baru lima-puluh dua tahun, syaikh telah kembali menemui Tuhan. Di dalam surat yang dikirim oleh bapa saudaranya Syaikh Wan Daud bin Mustafa serta anaknya Syaikh Wan Ismail kepada Tengku Long Bin Tengku Ngah, Besut, dinyatakan:
Hadrat Tuanku yang mulia serta hamba Tuanku mengurniakan sembah dari hak hamba Tuanku, Wan Ahmad bin Almarhum al-Haj Wan Muhammad Zain itu sudah kembali ke rahmatullah pada malam sebelas haribulan Zu al-Hijjah [1325H]di Mina. Maka dibawa turun ke Makkah, maka ditanam di Ma’la, dengan sebab mati sebelah tubuh. Awal sakitnya pada dua puluh dua Jamadu al-Akhir [1325H]. Maka dapat (sembuh) sedikit, kemudian bertambah pula. Pada lepas puasa enam maka hingga [dapat sembuh] sedikit pula, boleh naik haji. Maka tatkala lepas zuhur hari raya haji maka kena pula [serangan penyakit] hingga sampai lepas maghrib hingga habis umurnya….dan demikian lagi al-Haj Wan Muhammad Zain bin Almarhum al-Haj Mustafa [ayahanda Syaikh Ahmad] itu pun kembali ke rahmatullah juga pada lapan belas haribulan Zu al-Hijjah [1325H] dengan sebab sakit cara orang tuha sahaja. (5)
Memahami perkiraan asas inilah yang menjadi kunci bagi kita memahami corak pemikiran Syaikh Ahmad dan dengan itu dapat kita jadikan pedoman dalam menyelusuri pengaruh pemikirannya ke atas masyarakat.
Memandangkan keterbatasan ilmu serta kekurangan maklumat yang ada pada pencatit ini, maka kebanyakan contoh kesan pemikiran Syaikh Ahmad ke atas masyarakat tertumpu kepada pengalaman-pengalaman di Kelantan, walaupun sudah barang tentu pengaruh pemikiran Syaikh Ahmad adalah lebih meluas daripada itu.
KENANGAN SYAIKH WAN AHMAD ULAMA GEMILANG
KENANGKAN SYAIKH WAN AHMAD ULAMA GEMILANG
Kenangkanlah sumbangan Tok Wan Ahmad
Ulama gemilang penyuluh zaman
Penulis cemerlang pembawa harapan
Perintis perjuangan anak bangsa dan watan
Penyambung faham dari rantaian ulama silam
Serta bersedia bagi berdepan perubahan mendatang
Tok Wan Ahmad milik seluruh ummah bangsa ini
Nasab bapanya keturunan besar dari Patani
Serta ibunya berasal dari Pasir Mas Kelantani
Nama dan jasanya terlalu indah bagi dikenangi
Tok Wan Ahmad dalam usianya sesingkat itu
Menabur jasa buat para penuntut serta guru
Mewaris tulisan dan cara fikir yang jitu
Menumbuhkan semangat serta kegigihan yang baru
Mencambahkan ulama dan pentadbir bangsa Melayu
Tok Wan Ahmad mudanya penuntut Azhar dan Makkah
Hebat berpuisi serta syair dia bermadah
Sehingga cantiknya bahasa dan bidalan digubah
Mempunyai sarat erti penuh hikmah
Kebenaran disampainya dengan bahasa yang tersangat indah
Tok Wan Ahmad ke Istanbul berjumpa Abdul Hamid Sultan Uthmani
Membawa harapan bangsa agar kitab Melayu dapat dicetaki
Maksudnya termakbul dan disambut Sultan dengan penuh ikrami
Tok Wan juga menziarahi Beirut menemui Syaikh Yusuf an-Nabhani
Ulama kerohanian pembela mazhab dan pencinta Ahla al-Baiti
Kemudian ke Qahirah berjumpa Muhammad Abduh syaikh al-Azhari
Pemikir cara baru perintis perubahan bagi sebahagian ummah ini
Tok Wan Ahmad hampir 100 tahun telah pergi
Jasa dan pusakanya belum sempat habis kita gali
Kerdilnya bangsa sekiranya tokoh agung ini terus dilupai
Kerana sibuk dengan kemajuan dan bahas duniawi
Sehingga warisan agung bangsa tiada mahu kita fahami
Marilah kita jernihkan hati dan perasaan
Kita menumpang tuah tokoh ini yang penuh keberkatan
Kita akur anjurannya agar dilaksanakan kemuafakatan
Kita dabikkan perasaan yang agama akan kita dirikan
Kita azamkan putus bagi maksiat kita tumbangkan
Fahaman ulama silam akan terus kita sambungkan
Agar Melayu kita akan menjadi bangsa gemilang
Marilah kita turuti saranan Tok Wan Ahmad
Kita jadikan bumi ini perbendaharaan ilmu, perladungan kepandaian
Kita gunakan kemudahan sezaman untuk menegak agama anutan
Agar Melayu ini bertambah kemajuan di dalam taatnya kepada Tuhan
Agar Melayu ini akan berdaulat berumbikan faham keagamaan
Agar Melayu ini punyai nilai diri dan bukan sekadar buih lautan
Tok Wan Ahmad berada pada gerbang zaman
Selayaknya kita jadikan dia imam ikutan
Bagi berderpan dengan zaman yang penuh cabaran
Nilai agama dan maruah bangsa sedangkan dikoyakkan
Oleh anasir-anasir yang benci kepada kebajikan
Ingatlah pesan Tok Wan Ahmad
Tegakkan agama, teguhkan bangsa, binalah tanah air tercinta
Sebagai watan Islami yang berdaulat merdeka
Sehingga kita menjadi Melayu berakal budi, hebat berfikir, indah budaya
Memiliki keberkesanan cara siyasahnya, bijak mendalam faham ilmunya
Umpama pohon bertunjang teguh di bumi, dahannya menyentuh awan yang tinggi
Serta mengeluarkan buahannya apabila sampai detiknya nanti
Tok Wan Ahmad
Hari ini kami berhimpun bagi mendapat sedikit fahaman
Dari warisan Tok Wan yang nilainya gilang cemerlang
Semoga kami semuanya mendapat restu taufik dari Tuhan
Rahmat-Nya tercurah dengan penuh keberkatan
Wahai Tuhan, anugerahilah kami kekuatan bagi mendapat pengertian
Serta bagi kami amalkan pusaka berharga tinggalan Tok Wan
Amin
Bi jahi Sayyidi al-Mursalin
Wa alihi wa sahbihi ajmain
Ya Rabba al-‘Alamin (90)
Kenangkanlah sumbangan Tok Wan Ahmad
Ulama gemilang penyuluh zaman
Penulis cemerlang pembawa harapan
Perintis perjuangan anak bangsa dan watan
Penyambung faham dari rantaian ulama silam
Serta bersedia bagi berdepan perubahan mendatang
Tok Wan Ahmad milik seluruh ummah bangsa ini
Nasab bapanya keturunan besar dari Patani
Serta ibunya berasal dari Pasir Mas Kelantani
Nama dan jasanya terlalu indah bagi dikenangi
Tok Wan Ahmad dalam usianya sesingkat itu
Menabur jasa buat para penuntut serta guru
Mewaris tulisan dan cara fikir yang jitu
Menumbuhkan semangat serta kegigihan yang baru
Mencambahkan ulama dan pentadbir bangsa Melayu
Tok Wan Ahmad mudanya penuntut Azhar dan Makkah
Hebat berpuisi serta syair dia bermadah
Sehingga cantiknya bahasa dan bidalan digubah
Mempunyai sarat erti penuh hikmah
Kebenaran disampainya dengan bahasa yang tersangat indah
Tok Wan Ahmad ke Istanbul berjumpa Abdul Hamid Sultan Uthmani
Membawa harapan bangsa agar kitab Melayu dapat dicetaki
Maksudnya termakbul dan disambut Sultan dengan penuh ikrami
Tok Wan juga menziarahi Beirut menemui Syaikh Yusuf an-Nabhani
Ulama kerohanian pembela mazhab dan pencinta Ahla al-Baiti
Kemudian ke Qahirah berjumpa Muhammad Abduh syaikh al-Azhari
Pemikir cara baru perintis perubahan bagi sebahagian ummah ini
Tok Wan Ahmad hampir 100 tahun telah pergi
Jasa dan pusakanya belum sempat habis kita gali
Kerdilnya bangsa sekiranya tokoh agung ini terus dilupai
Kerana sibuk dengan kemajuan dan bahas duniawi
Sehingga warisan agung bangsa tiada mahu kita fahami
Marilah kita jernihkan hati dan perasaan
Kita menumpang tuah tokoh ini yang penuh keberkatan
Kita akur anjurannya agar dilaksanakan kemuafakatan
Kita dabikkan perasaan yang agama akan kita dirikan
Kita azamkan putus bagi maksiat kita tumbangkan
Fahaman ulama silam akan terus kita sambungkan
Agar Melayu kita akan menjadi bangsa gemilang
Marilah kita turuti saranan Tok Wan Ahmad
Kita jadikan bumi ini perbendaharaan ilmu, perladungan kepandaian
Kita gunakan kemudahan sezaman untuk menegak agama anutan
Agar Melayu ini bertambah kemajuan di dalam taatnya kepada Tuhan
Agar Melayu ini akan berdaulat berumbikan faham keagamaan
Agar Melayu ini punyai nilai diri dan bukan sekadar buih lautan
Tok Wan Ahmad berada pada gerbang zaman
Selayaknya kita jadikan dia imam ikutan
Bagi berderpan dengan zaman yang penuh cabaran
Nilai agama dan maruah bangsa sedangkan dikoyakkan
Oleh anasir-anasir yang benci kepada kebajikan
Ingatlah pesan Tok Wan Ahmad
Tegakkan agama, teguhkan bangsa, binalah tanah air tercinta
Sebagai watan Islami yang berdaulat merdeka
Sehingga kita menjadi Melayu berakal budi, hebat berfikir, indah budaya
Memiliki keberkesanan cara siyasahnya, bijak mendalam faham ilmunya
Umpama pohon bertunjang teguh di bumi, dahannya menyentuh awan yang tinggi
Serta mengeluarkan buahannya apabila sampai detiknya nanti
Tok Wan Ahmad
Hari ini kami berhimpun bagi mendapat sedikit fahaman
Dari warisan Tok Wan yang nilainya gilang cemerlang
Semoga kami semuanya mendapat restu taufik dari Tuhan
Rahmat-Nya tercurah dengan penuh keberkatan
Wahai Tuhan, anugerahilah kami kekuatan bagi mendapat pengertian
Serta bagi kami amalkan pusaka berharga tinggalan Tok Wan
Amin
Bi jahi Sayyidi al-Mursalin
Wa alihi wa sahbihi ajmain
Ya Rabba al-‘Alamin (90)
TOK KENALI
Tok kenali (1868 - 1933 )
Ketika
kami Sidang Pengarang memilih "Tok Kenali" sebagai penghormatan untuk
menghiasi kulit keluaran pertama majalah Pengasuh 1975, maka pemilihan
itu bukan saja kami landaskan atas asas ketokohan ulung beliau sebagai
ulama besar di zamannya, malah kami landaskan juga atas fakta beliau
selaku pendorong dan pengasas majalah Pengasuh yang diterbitkan bagi
pertama kalinya pada tahun 1918. Majalah Pengasuh adalah sama tua dengan
majalah "Seri Pustaka" Indonesia yang diterbitkan dalam tahun 1918 oleh
Balai Pustaka dan di Malaysia majalah Pengasuh merupakan majalah tertua
yang kedua sesudah majalah Al-Imam yang diterbitkan oleh Syed Sheikh
bin Ahamad Al-Hady pada tahun 1906.
Walaupun
Tok Kenali bukan seorang penulis yang konsisten seperti Syed Sheikh ,
namun beliau adalah seorang penulis yang mempunyai gaya penulisan yang
gagah dan jelas. Seandainya beliau tidak dihambatkan oleh tugas-tugas
yang banyak dan terus menulis dengan tekun, beliau tidak syak lagi dapat
dideretkan sejajar dengan tokoh-tokoh besar yang merintis alam
penulisan tanahair.
Tok
Kenali sejak dari muda lagi meminati pembacaan dan menaruh pandangan
yang begitu tinggi berhadap tugas-tuga penulis dan peranan
majalah-majalah adan suratkhabar-suratkhabar selaku mass media yang
berpengaruh untuk menyatupadukan umat Melayu dan atas kesedaran itulah
beliau tampil mempelopori usaha memimpin majalah Pengasuh yang
diterbitkan oleh Majlis Ugama Islam walaupun dapatlah kita teliti dari
pernyataan-pernyataan belau yang tegas dalam tulisannya di bilangan
pertama Pengasuh. Antara lain beliau menulis :
"Telah
mengakulah saya bahawa saya ini tiada daripada kuda medan ini.
Sekiranya jika ada orang yang mengangkatkan pekerjaan saya ini
terhentilah saya, kerana bukan tujuannya saya hendak menunjukkan
kebijakan dan mencari kepujian, kerana adalah orang yang mengarang itu
jadi kikit bagi sekalian penembak. Jika tidak ia pejam matanya nescaya
mati ia kerana dukacita, tetapi adalah dituntut daripada seseorang itu
manfaatnya atau mudharatnya, beranilah saya menceburkan diri di dalam
laut api yang sentiasa bernyala-nyala. Selama ada angan-angan yang baik
itu tiadalah puas hati saya mati sebelum saya lihat perubahan yang baru
dan elok."
"Tatkala
saya ketahui bahawasanya tiada ada orang yang boleh jadi utusan yang
usaha pada menghimpunkan antara anak Melayu kita ini, maka cintalah saya
dengan harapan bahawa diadakan pada tiap-tiap buah negeri di dalam
Semenanjung Tanah Melayu kita ini sekurang-kurangnya satu suratkhabar
yang dipunyai oleh anak-anak negeri sendiri supaya menempati ia utusan
yang bijaksana menyeru kepada bersekutu dan bersatu pada tiap-tiap
pekerjaan yang mendatangkan muslihat bagi watan, bangsa dan ugama."
"Cuba
anakku tilik cerah matahari kelebihan orang yang telah dapat kemenangan
kerana amalan kebajikan dan pandangan kelam orang yang telah jatuh
kerana amalan yang kejahatan, maka di situlah "Pengasuh" bertimpuh
(duduk) membedakkan sekalian yang hadhir dengan bedak pengharapan,
mudah-mudahan subur sekalian dengan darah dan daging yang boleh
mengkhidmatkan tanahair dan menunjukkan kepada Raja."
Tok
Kenali satu-satunya ulama kesayangan semua lapisan rakyat yang tiada
tolok bandingnya. Kisah hidup beliau merupakan legenda-legenda yang
diperkatakan mereka di segenap pelosok negeri hingga ke zaman ini.
Beliau
menjadi begitu popular bukan sahaja kerana ilmu pengetahuan ugamanya
yang tinggi dan akal fikirannya yang tajam dan bijaksana, malah kerana
sifat-sifat kejujuran , rendah diri, peramah, pemurah, cara hidupnya
yang zahid, bersahaja dan darwis iaitu sifat-sifat yang menjadi pakaian
hidupnya sejak sebagai seorang pelajar di kota suci Makkah hingga
sebagai ulama terbilang di tanahairnya. Beliau melayani yang bodoh sama
dengan beliau melayani yang cerdik, beliau menghormati kanak-kanak sama
dengan beliau menghormati orang-orang dewasa. Beliau tidak pernah
menghampakan pemberian dan jemputan dari siapa saja. Dan jika diberi,
maka pemberian-pemberian itu akan dibahagikan pula kepada orang-orang
sekelilingnya dan apabila dijemput maka beliau akan tampil menjadi
tukang masak. Inilah sifat-sifat dan cara-cara hidup beliau yang membuat
setiap orang yang berhubung dengan beliau menyimpan kenangan-kenangan
yang indah terhadapnya.
Tok
Kenali adalah diantara tokoh-tokoh ulama yang telah diabadikan oleh
rakyat Kelantan dengan gelaran "Tok" yang digandingkan dengan nama-nama
tempat atau kampung di mana ulama-ulama itu datang, lahir, belajar atau
kampung di mana ulama-ulama itu datang, lahir, belajar atau menaburi
bakti mereka. Gelaran itu merupakan kemuncak penghormatan yang mencermin
ketokohan dan kemasyhuran yang meluas. Diantara ulama-ulama itu Tok
Khurasan, Tok Bachok, Tok Kemuning, Tok Selehor, Tok Mesir dan
lain-lain. Tuan Tabal juga termasuk ulama yang diabadikan dengan nama
sebuah kampung.
Tetapi Tok Kenali bukanlah sekadar menjadi lambang kemegahan tempatan Kelantan, malah kemasyhuran.
Beliau
menjangkau jauh di luar perbatasan Malaysia. Beliau dapatlah didirikan
sejajar dengan tokoh-tokoh Nusantara lain yang berjasa di zamannya
memberi sesuatu sumbangan yang berkesan kepada masyarakatnya.
Walaupun
Tok Kenali tidak meninggal hasil-hasil karya yag besar dalam mana-mana
bidang pengajian Islamiah, namun jasa beliau yang paling besar ialah
kejayaannya melahirkan satu angkatan ulama yang memegang obor pengajian
tinggi Islam bukan di negeri Kelantan dan Malaya, malah di Thailand,
Kemboja dan Indonesia di separuh pertama abad dua puluh. Beliau juga
telah berjaya membawa kemuncak pengajian tatabahasa Arab, nahu saraf,
balaghah dan ‘arudh di dalam sistem pelajaran Pondok di negeri ini.
Keahlian beliau dalam bidang-bidang itu merupakan legenda di kalangan
ahli-ahli ilmu di zaman itu. Dalam kebanyakan waktu beliau mengajar
tanpa kitab.
Tidak
seperti kebanyakan ulama yang lain di zamanya, Tok Kenali tidak hanya
aktif di sekitar Surau atau Pondoknya saja, malah aktif dalam bidang
kegiatan kemasyarakatan dan pentadbiran negeri, di mana beliau
disahabati dan dirundingi oleh pembesar-pembesar negeri terutama rakan
karibnya Dato’ Perdana Menteri Kelantan almarhum Haji Nik Mahmud Ismail
(ayahanda Tan Sri Nik Ahmad Kamil dan Dato’ Nik Mustafa Fadhil). Hakikat
ini dapatlah di perhatikan dari jawatan-jawatan yang disandang semasa
hidupnya iaitu selaku anggota Majlis Ugama Islam, anggota Jemaah Ulama
Kelantan, Ketua Pengarang pertama majalah Pengasuh dan Ketua Pelajaran
Ugama. Seluruhnya merupakan jawatan-jawatan penting yang memerlukan
pandangan-pandangan yang tajam dan pergaulan yang luas.
Tok Kenali telah dilahirkan di Kampung Kenali pada tahun 1868 dari satu keluarga kaum tani yang saleh. Nama tubuh beliau Muhamad Yusuf bin Ahmad
dan nama timangan "Awang", satu nama sentimental yang amat disukai
beliau. Majalah Pengasuh keluaran pertama memperkenalkan pengarangnya
sebagai "Al-Fadhil Tuan Haji Awang Kenali" dan almarhum Al-Sultan
Muhammad yang Keempat menyebut nama beliau dalam titah ucapan melantik
beliau selaku anggota Majlis Ugama Islam dengan nama "Haji Awang
Muhammad Yusuf Kenali".
Beliau
dilahir dan dibesar remajakan dalam zaman permerintahan seorang Raja
negeri Kelantan yang agung iaitu almarhum Al-Sultan Muhammad yang Kedua
yang terkenal dengan gelaran "Sultan Mulut Merah". Beliau dilahirkan
kira-kira setahun selepas dibina Masjid Besar Kota Bharu (masjid kayu)
yang sesuku abad kemudian menjadi gelanggang keguruan dan kegiatan
ilmiahnya yang mengharumkan nama Kelantan ke seluruh Tenggara Asia.
Dari
sejak kecil lagi beliau memperlihatkan tanda-tanda kecerdasan yang luar
biasa dan kecenderungan kepada ilmu pengetrahuan yang tidak pernah
puas. Menurut Abdullah Al-Qari Haji Salleh, Tok Kenali telah melanjutkan
pelajaranya di Kota Bharu dalam usia kira-kira sepuluh tahun dengan
berguru pada para ulama yang terkenal di zaman itu, di antaranya ialah
Encik Ismail (ayah kepada Dato’ Perdana Menteri almarhum Haji Nik
Mahmud), Tuan Guru Asy-Syaikh Muhammad Ali bin Abdul Rahman yang
terkenal dengan "Wan Ali Kutan", Tuan Guru Haji Taib Tuan Padang dan
Tuan Guru Haji Ibrahim Sungai Budor.
SILAT DAN PERBOMOHAN MENURITI ISLAM
SILAT DAN PERBOMOHAN MENURUT ISLAM
Sebelum dihuraikan perkataan ‘silat’, terlebih dahulu dihuraikan perkataan ‘gayung’. Perkataan ‘gayung’ asalnya daripada perkataan Melayu Kuno. Asal perkataannya terbit daripada perkataan ‘gawang’. Sebagai contoh gawang tangan, gawang siku, gawang kepala, gawang badan, gawang lutut, gawang kaki, menolak, menyepak, menepis sesuatu kejahatan yang datang pada diri.
Perkataan ‘gawang’ ertinya satu sifat yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada semua jenis bernyawa yang terdiri daripada manusia dan binatang bagi menolak jahat dan menerima baik sama ada secara tiba-tiba ataupun melalui susunan latihan. Daripada perkataan ‘gawang’ inilah terbitnya perkataan ‘gayung’.
Perkataan ‘gayung’ pula kalau diterjemahkan ke dalam bahasa kita sekarang ertinya susunan langkahan pertahanan diri iaitu setiap satu susunan langkahan yang disertakan dengan tumbuk-menumbuk, sepak-menyepak, terajang, tepis- menepis, lompat-melompat, elak-mengelak dan sebagainya, kaedah ini memang ada pada setiap bangsa di dunia.
Sebagai contoh :-
Di Thailand dikenali sebagai ‘Muay’ Thai.
Di kalangan Melayu dikenali sebagai ‘Gayung’.
Di Cina dikenali dengan Kung Fu.
Di Jepun dikenali sebagai Judo.
Di Parsi dikenali sebagai Gusti.
Di India dikenali sebagai Silambam.
Kecepatan, ketangkasan dan kelasakkan dalam latihan gayung (latihan pertahan diri) terwujud hasil daripada lama masa dan tabah di dalam melaksanakan latihan tersebut. Setengah-setengah bangsa khususiah kelompok orang-orang Melayu berusaha mencari suatu cara atau suatu aturcara yang boleh dikepilkan atau disertakan dalam diri atau di luar diri bagi tujuan menzahirkan kehebatan yang lebih berganda-ganda sehingga di luar batas pemikiran biasa. Untuk itu wujudlah berbagai bentuk jampi serapah, kunjungan dan pemujaan mengikut kaedah gaya dan selera masing-masing.
Antara rupa bentuk pemujaan adalah :
a. Semahan darah-darah binatang haram atau halal.
b. Menyembah dan memuja rangka badan manusia atau binatang atau yang seumpama dengannya.
c. Menyembah dan memuja rupa bentuk sesuatu sama ada besar atau kecil dari alat-alat senjata.
d. Mengadakan jamuan makanan dan minuman yang halal atau haram.
e. Alat-alat bunyian.
f. Adapun jampi serapah pula adalah daripada kalimah-kalimah atau ayat-ayat yang direka sendiri mengikut
khayalan atau dalam mimpi atau bisikan atau dari suara yang tidak diketahui arah datangnya atau tuannya.
g. Pelbagai benda atau tulisan dijadikan tangkal atau azimat.
Apabila si pengamal yang bercita-cita atau berhajat mendapatkan atau menzahirkan suatu kelebihan maka ia akan melazimkan sepenuh diri dengan mengadakan sepenuh tumpuan kepada semua bentuk pemujaan, jampi serapah dan amalan tersebut. Dikala itu akan datanglah suatu lembaga sama ada di dalam mimpi, khayalan atau dalam jaga, berjanji menolong dalam semua bentuk kerja buat dengan syarat patuh kepada semua perjanjian yang diberi dan ditetapkan.
Lembaga ini dikenali dengan panggilan ‘dewa / dewi’ oleh masyarakat Melayu silam. Di dalam Al-Quran pula dipanggil dengan perkataan ‘jin’, manakala bahasa moden memanggilnya dengan ‘laser’ atau ‘hologram’.
‘Dewa / dewi’ (jin) ini menzahirkan rupa diri dalam bentuk manusia mahupun binatang ataupun yang seumpamanya dan kadang-kadang akan menjelma masuk dalam diri manusia dengan mengaku atau memperkenalkan diri sebagai Tuhan, Nabi, Malaikat, Wali, datuk atau nenek dengan menggayakan beberapa perkara yang luar biasa untuk mengikat manusia yang didatanginya itu agar sentiasa menurut, memuja, menyembah, mengikut dan tunduk patuh kepada semua arahannya supaya tidak terputus hubungan. Saka-baka keturunan dan semua bentuk sihir, istidraj, silap mata berasal dan terbit dari sini. Permainan dewa / dewi ini hanyalah sekadar menggantikan sesuatu dengan sesuatu dan ianya terhad atau dengan mengalihkan pandangan mata. Berbeza dengan irhas, mukjizat, karomah dan ma’unah yang mana dasarnya paling sesuatu kepada sesuatu, walau seberapa banyak dan luas sekalipun.
Di dalam Agama Islam, ilmu dan amal sedemikian dipanggil ajaran sesat kerana telah menyesatkan aqidah, syariat dan akhlak seseorang insan yang berada di dalam Agama Islam sehingga dipanggil atau dinamakan syirik, murtad, kufur, munafiq, zalim dan fasiq, kerana si pengamal itu telah jatuh kepada Syirik Uluhiyyah dan Syirik Rubbubiyyah, kufur dan maksiat di dalam ilmu dan amalannya.
Tujuan mereka mengadakan yang seumpama dengan yang tersebut hanyalah semata-mata ingin mempamerkan kehebatan , kebesaran, keunggulan kepada masyarakat setempat supaya mereka disanjung, dipuja dan dipuji, dikunjungi, diambil ilmu dan amal daripadanya. Dari sini lahirlah pula individu manusia yang digelar mahaguru, mahajaguh, maharaja, pendekar, hulubalang, panglima, tok pawang, tok bomoh, tok mudim, tok bidan, mak andam dan sebagainya.
SILAT
Perkataan ‘SILAT’ berasal dari Bahasa Arab iaitu ‘As Silsilati’. Tok Guru saya kata As-Silsilati itu boleh diterjemahkan dengan perkataan perhubungan, hubung kait atau kaitan. Perkataan silat kalau diterjemahkan ke dalam bahasa kita sekarang ertinya latihan pertahan diri yang ada hubung kait, yang ada kaitan sepertimana yang diajar oleh Nabi SAW kepada sahabat, sahabat pula mengajarkan kepada tabiin dan seterusnya. Iaitu suatu latihan pertahanan diri tidak kira di atas apa juga susunan langkah yang diberi nama atau yang belum diberi nama yang disertakan dengan qosod dan tujuan menjual diri dan hartanya kepada Allah SWT dan Rasul dan sentiasa berada di atas dasar aqidah, syariat dan akhlak Rasulullah SAW
kerana :-
a. Menjaga kesucian Agama Islam.
b. Menjaga maruah diri dan keturunan yang beragama Islam.
c. Menjaga harta dan tanahair orang Islam.
Iaitulah suatu latihan yang bebas dari Syirik Uluhiyyah dan Syirik Rububiyyah dalam ilmu dan amal. Suatu latihan yang mengajak ahli-ahlinya berada di dalam Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Rububiyyah yang membawa kepada kemantapan aqidah, syariat dan akhlak yang sentiasa mengikat darjatnya di sisi Allah SWT.
Manakala wirid, jampi, doa pula daripada Al-Quran, Al-Hadis Nabawi dan yang diambil dari ulama’ yang ahli pada babnya yang ada untaian dan rangkaian salasilah ambilannya sehingga sampai kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW atau paling kurang sampai kepada ulama’ muktabar yang mahsyur dan dikenali umum, disamping melazimkan puasa sunat dan sembahyang sunat sebagai tetamu kepada amalan yang telah difardhukan dan diwajibkan di dalam Agama Islam.
Dari sini dapatlah difahami dengan jelas dan ketara di antara latihan pertahan diri, perbomohan, kebatinan dan kerohanian yang menurut Agama Islam dan yang tidak menurut Agama Islam berdasarkan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Antara perbezaan pokok yang jelas dan ketara bagi mereka-mereka yang tidak menurut Islam dalam latihan pertahan diri, kerohanian dan perbomohan atau seumpamanya itu mesti akan terdapat atau ada pada diri mereka beberapa perkara berikut :
1. Jahil Murakab.
2. Jahil Basit.
3. Ikut membabi buta.
4. Berpegang teguh kepada hukum adat semata-mata.
5. Mengikut bijaksana pemikiran semata-mata.
6. I’tiqad Hululiyyah dan I’tiqad Wahdatul Wujud.
7. Memuja roh dan penjelmaan roh ke dalam diri.
8. Jahil dalam kaedah Bahasa Arab di dalam menghuraikan ayat-ayat Al-Quran, Hadis Nabi dan kitab-kitab
Ulama’ atau kurang cermat mentafsir ayat dan perkataan mereka.
9. Mengambil ilmu dan amal dari orang jahil aqidah, syariat dan akhlak atau orang yang tidak beramal
dengan aqidah, syariat dan akhlak.
10. Ada perjanjian yang sama dengan hukum syarak, harus dan haram dalam hukum syarak.
11. Tidak mendekati alim ulama’ yang ahli pada babnya dan tidak mengambil nasihat dan pengajaran
daripada mereka.
12. Mengadakan mubai’ah yang disertakan dengan sumpah bagi memberatkan diri melaksanakan yang baik
dan menjauhkan yang jahat.
13.Berpegang teguh dan beri’tiqad yang wirid, jampi dan doa boleh menghasilkan sesuatu.
14. Menderhaka kepada Raja dan melanggar undang-undang Negara.
Ciri-ciri Latihan Pertahanan Diri, Perubatan, Perbomohan dan lain-lain menurut perspektif Islam antaranya :-
1. Sentiasa berpegang teguh kepada Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Rububiyyah dan memelihara diri supaya
tidak terjatuh kepada Syirik Uluhiyyah dan Syirik Rububiyyah dalam ilmu dan amalan.
2. Memulakan sesuatu yang baik dengan Istighfar, Syahadatain, Taawudz dan Bismillah.
3. Tidak bercampur lelaki dan perempuan yang halal nikah dalam amalan latihan dan dalam perubatan.
4. Latihan itu hanya semata-mata ubudiyah diri, zahir dan batin kepada Allah SWT bagi meningkatkan
keyakinan yang tinggi serta mencapai akhlak yang mulia.
5. Berpakaian yang menutup aurat.
6. Tidak membangsakan susunan langkah itu kepada apa yang dilakukan oleh Nabi SAW atau mana-mana
Nabi dan Rasul Alaihi Massalam atau kepada mana-mana Rukun Fi’li Islam bagi mengatakan ketinggian
dan kehebatan susunan langkahnya.
7. Latihan pertahan diri adalah suatu sunnah dalam Agama Islam jika tujuannya seperti yang tersebut dalam
huraian perkataan silat, kerana Nabi Muhammad SAW sendiri menjadi jaguh gusti Semenanjung Arab,
dan menjadi panglima agung dalam peperangan dan menjadi maharaja dalam pemerintahan.
8. Memperkukuhkan hubungan silaturrahim dan persaudaraan dalam Agama Islam.
9. Dibolehkan mengambil upah jampi tetapi tidak boleh menjaminkan hasil hajat dan kesembuhan penyaki
tanpa bersandarkan kepada Allah SWT.
Friday, 20 July 2012
PENGITIRAFAN ( NAK MUAY ) DENGAN MONGKON DAN LULUS UJIAN LEVEL 1 PRAJEAT PUTIH.
PENERIMAAN MENJADI NAKMUAY COMBAT OF SHADOW MUAYTHAI CLUB DAN LULUS UJIAN MONGKON SERTA LEVEL 1 PRAJEAT PUTIH TAHNIAH PADA SEMUA NAKMUAY-NAKMUAY.
| NAKMUAY HAZIQ ( KECIK COMEL ) |
| NAKMUAY JOHARI ( JOE OTAI ) |
| NAKMUAY MUSTAFFA ( MUZZ THE BARBARIAN ) |
| NAKMUAY MUZZ |
| NAKMUAY SAIPUL ( EPUL ) |
| NAKMUAY FADZEL ( SAADON ) |
| NAKMUAY ABDULLAH ( AB ) |
| NAKMUAY VIEZUL ( BIJO ) |
| NAKMUAY MUGILAN ( MUGI ) |
| NAKMUAY GANESH ( GANESH ) |
| JURI MARKAH SERTA PEMBANTU JURULATIH, JURULATIH, KETUA JURULATIH DAN PEMBANTU JURULATIH. |
| DARI KIRI HAFISSAM, ABG SAAD, MR COSMC DAN ABG GHAN. |
| MONGKON DAN PRAJEAT UNTUK UJIAN NAKMUAY. |
| MENUNGGU KEPUTUSAN UJIAN |
| NAKMUAY DAN JURULATIH COMBAT OF SHADOW MUAYTHAI CLUB |
| Salam kepada semua pembaca dan peminat muaythai seluruh pelusuk dunia ini. Combat of shadow muaythai club berkongsi serba sedikit cerita dan pemahaman terhadap muaythai. Kini muaythai boleh dipelajari di seluruh nagara dan semakin popular apabila di pelajarinya. Sesetengah megah dengan mempelajari ilmu muaythai kerana dengan cara pembawakan di setiap guru-guru tersebut. Apakah saudara paham tentang muaythai? Muaythai ini adalah salah satu seni tempur siam pada ketika dahulu dan dinamakan seni 8 anggota. Ianya di pelajari oleh suku kaum sukhothai pada kurun ke 18. Telah dipopularkan oleh petani siam yag berasal dari tengah thailand iaitu NAI KHANOM TOM. Beliau telah menaikkan dan memperkenalkan muaythai di seluruh pelusuk thailand. Adat dan budaya yang dibawa oleh keluarga muaythai adalah sangat terbaik bila dipelajari. Muaythai bukan sahaja seni dan sukan yang lasak tetapi mempuyai nilai-nilai keperibadian yang amat tinggi. Dalam seni pembelajaran ini mempunyai beberapa peringkat. Seperti yang sedia kita nampak adalah mongkon dan prajeat. Mongkon adalah mahkota lambang muaythai yang berperingkat. Peringkat pertama mongkon putih adalah penerimaan murid kepada guru yang siap sedia untuk menuntut ilmu muaythai dan sebagai penghargaan guru kepada murid. Prejeat adalah salah satu tahap peringkat pembelajaran selepas lulus dalam satu-satu ujian berperingkat. Mongkon dan prajeat ada mempuyai warna-warna bagi mengetahui setiap peringkat sesoarang nakmuay tersebut. Dalam kelab ini kami telah banyak juga merubah beberapa pekara yang membolehkan kami belajar mengikut hukum-hukum yang di benarkan oleh guru-guru kami dan telah pun ditapis beberapa kali supaya tidak melanggar aqidah setiap nakmuay tersebut.. Ini adalah serba sedikit rumusan yang dapat kami kongsikan bersama,semoga kita akan dapat lebih manfaat serba sedikit aminn... |
Subscribe to:
Posts (Atom)
Kepingan buku lama muaythai
Cara-cara pergerakan teknik dan ilutrasi minda dalam pembelajaran seni ini.
SEMASA DI CITY SQUARE 2010
Bergambar bersama sama MR.boxx tomoi,cikgu yeoh,anuar,jemaian,dan rakan2.EVERLAST telah megadakan ulangtahun ke 100 di city square,MR.boxx tomoi dan club muayboran telah mengadakan persembahan muayboran di sini dan di temani dari ahli kelab-kelab tomoi di johor.semasa itu sambutan amatlah memberangsakan...
MR C.O.S.M.C
TAJUK SURAT KHABAR TAHUN LEPAS
Bersemangat waja terhadap sukan muaythai.Sukan muaythai atau tomoi sudah mendapat tempat dihati penonton dan sudah ada peminat sukan ini di MALAYSIA mahun pun anak-anak kecil hingga ke dewasa.
BAJU KELAB









