LATAR BELAKANG COMBAT OF SHADOW Salam sejahtera kepada semua pembaca blog kami.Latarbelakang COMBAT OF SHADOW MUAYTHAI CLUB ini ditubuhkan pada april 2007 dengan hanya 3 orang NAKMUAY(anak muaythai).Seorang daripadanya adalah tenaga pengajar muaythai dan 2 orang lagi adalah tenaga pengajar seni silat.Ianya ditubuhkan untuk pelajar yang ingin meguasai ilmu pertahankan diri.Combat of shadow ini juga bukan bertumpu pada muaythai saja serta kepada persilatan juga.Kenapa namanya ada bunyi english,sebabnya terbuka kepada umum.semua jenis seni yang ada didalam club ini adalah dari satu guru juga.Cara pembelajaran kami adalah lebih dari cara kekampungan sedikit sebab ingin merasai suasana zaman dulu-dulu..Kami memulakan latihan pada waktu malam di kawasan taman rekreasi taman bukit indah.Latihan 4 hari dalam seminggu.Oleh kerana pelajar semakin bertambah,tempat kami berpindah randah dan telah mencecah pelajar seramai 48 orang.Disini cara dan teknik pembelajaran yang diajar amatlah berbeza sedikit,kerana tekniknya diambil dari asal yang digunakan askar siam pada tahun kurun ke18.Ianya dititik beratkan kepada seni tempur lasak untuk pertahankan diri.Seni ini ada perbezaan di antara permainan tomoi yang anda lihat diluar sana.Pembelajaran ini sangat lama untuk dipelajari dan mempuyai kesabaran yang tinggi.APA PUN SEMUA JENIS SENI MEMPERTAHANKAN DIRI DI DUNIA INI ADALAH YANG TERBAIK. YANG TIDAK BAIK ITU DATANG DARI PELAJAR ITU SENDIRI,apa pun pemberian guru kita adalah yang terbaik.harap positifkan fikiran kita,renung2kan lah... akhir kata dari kami.....WASSALAM KEPADA SEMUA PEMBACA...


COMBAT OF SHADOW MUAYTHAI CLUB

Salam sejahtera dan salam selamat kepada semua pembaca..kami ingin memberi tahu yang kami berada di alamat;COMBAT OF SHADOW MUAYTHAI CLUB NO 89B, JALAN PERSISIRAN PERLING, TAMAN PERLING, 81200 TAMPOI JOHOR BAHRU, JOHOR.

ALLHAMDULLILAH kepada yang mengikuti COSMC, dan sekarang kami telah ada gym sendiri yang beralamat di atas.Cara pembelajaran yang ada disini sangat terbuka bermaksud tidak memaksa kepada pelajar tersebut.Ianya boleh dipelajari dari semua peringgkat umur tak kira,yang penting ianya berminat.Kepada pembaca jika anda mempuyai anak sama ada anda sendiri ianya bergantung pada hati...DIlema sukan atau pembelajaran tomoi atau muaythai masih di pandang tidak selesa pada mata masyarakat dan ada yang masih tidak boleh menerima,persoalan ini yang sudah lama kami dengar. Jawapanya pun sudah lama terjawab.Semua jenis seni bela diri dinuia ini sungguh banyak dan beratus ada diseluruh negara juga bermacam-macam jenis penghayatan yang ada dan cara ilmu serta pemahaman tentang agama masing-masing(jika salah disisi agama kita maka salahlah ia,jika tidak maka tidaklah ia).Permainan atau sukan mahupun seni bela diri MUAYTHAI ini adalah asalnya dari siam.Bukan hanya seninya dari siam malah agamanya adalah budha.Adakah kita tidak dapat mengolah sistem pembelajarannya supaya dapat di miliki oleh orang yang berbangsa melayu yang megikut kaedah islam. Seni ini telahpun di olah dalam 90 peratus dari asal supaya kita tidak meyimpang dari landasan agama.Berilah kami ruang untuk mendidik anak bangsa kita sendiri ke jalan yang diredhahi oleh agama.Sitem pertahanannya tidak di tukar hanya beberapa sahaja yang di tukar.Kenapa tidak di selidik dahulu baru tahu dimana salah dan betul jalanya.Kepada pembaca blog kami,apa yang kami harapkan anda sendiri menilaikan yang mana untuk anda fikirkan untuk diri anda.Untuk menjadi juara atau peninju sukan tomoi ini kenalah banyak bersabar,banyak berlatih,kena kuat mental fizikal dan aktif.Nampak macam bahaya tapi tak bahaya pun kalau tahu tekniknya.Jika anda ingin mencuba,kami amatlah mengalu-alukan kedatangan anda ke gym kami 89b jalan persisiran perling,taman perling, 81200 tampoi , johor bahru,johor ,malaysia..Sampai jumpa..

COSMC

COSMC
KENALAN

Wednesday, 25 July 2012

SILAT DAN PERBOMOHAN MENURITI ISLAM




SILAT DAN PERBOMOHAN MENURUT ISLAM

Sebelum dihuraikan perkataan ‘silat’, terlebih dahulu dihuraikan perkataan ‘gayung’. Perkataan ‘gayung’ asalnya daripada perkataan Melayu Kuno. Asal perkataannya terbit daripada perkataan ‘gawang’. Sebagai contoh gawang tangan, gawang siku, gawang kepala, gawang badan, gawang lutut, gawang kaki, menolak, menyepak, menepis sesuatu kejahatan yang datang pada diri.
Perkataan ‘gawang’ ertinya satu sifat yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada semua jenis bernyawa yang terdiri daripada manusia dan binatang bagi menolak jahat dan menerima baik sama ada secara tiba-tiba ataupun melalui susunan latihan. Daripada perkataan ‘gawang’ inilah terbitnya perkataan ‘gayung’.
Perkataan ‘gayung’ pula kalau diterjemahkan ke dalam bahasa kita sekarang ertinya susunan langkahan pertahanan diri iaitu setiap satu susunan langkahan yang disertakan dengan tumbuk-menumbuk, sepak-menyepak, terajang, tepis- menepis, lompat-melompat, elak-mengelak dan sebagainya, kaedah ini memang ada pada setiap bangsa di dunia.

Sebagai contoh :-

Di Thailand dikenali sebagai ‘Muay’ Thai.
Di kalangan Melayu dikenali sebagai ‘Gayung’.
 Di Cina dikenali dengan Kung Fu.
Di Jepun dikenali sebagai Judo.
Di Parsi dikenali sebagai Gusti.
Di India dikenali sebagai Silambam.

Kecepatan, ketangkasan dan kelasakkan dalam latihan gayung (latihan pertahan diri) terwujud hasil daripada lama masa dan tabah di dalam melaksanakan latihan tersebut. Setengah-setengah bangsa khususiah kelompok orang-orang Melayu berusaha mencari suatu cara atau suatu aturcara yang boleh dikepilkan atau disertakan dalam diri atau di luar diri bagi tujuan menzahirkan kehebatan yang lebih berganda-ganda sehingga di luar batas pemikiran biasa. Untuk itu wujudlah berbagai bentuk jampi serapah, kunjungan dan pemujaan mengikut kaedah gaya dan selera masing-masing.

     Antara rupa bentuk pemujaan adalah :

a. Semahan darah-darah binatang haram atau halal.
b. Menyembah dan memuja rangka badan manusia atau binatang atau yang seumpama dengannya.
c. Menyembah dan memuja rupa bentuk sesuatu sama ada besar atau kecil dari alat-alat senjata.
d. Mengadakan jamuan makanan dan minuman yang halal atau haram.
e. Alat-alat bunyian.
f. Adapun jampi serapah pula adalah daripada kalimah-kalimah atau ayat-ayat yang direka sendiri mengikut
    khayalan atau dalam mimpi atau bisikan atau dari suara yang tidak diketahui arah datangnya atau tuannya.
g. Pelbagai benda atau tulisan dijadikan tangkal atau azimat.

Apabila si pengamal yang bercita-cita atau berhajat mendapatkan atau menzahirkan suatu kelebihan maka ia akan melazimkan sepenuh diri dengan mengadakan sepenuh tumpuan kepada semua bentuk pemujaan, jampi serapah dan amalan tersebut. Dikala itu akan datanglah suatu lembaga sama ada di dalam mimpi, khayalan atau dalam jaga, berjanji menolong dalam semua bentuk kerja buat dengan syarat patuh kepada semua perjanjian yang diberi dan ditetapkan.
Lembaga ini dikenali dengan panggilan ‘dewa / dewi’ oleh masyarakat Melayu silam. Di dalam Al-Quran pula dipanggil dengan perkataan ‘jin’, manakala bahasa moden memanggilnya dengan ‘laser’ atau ‘hologram’.


‘Dewa / dewi’ (jin) ini menzahirkan rupa diri dalam bentuk manusia mahupun binatang ataupun yang seumpamanya dan kadang-kadang akan menjelma masuk dalam diri manusia dengan mengaku atau memperkenalkan diri sebagai Tuhan, Nabi, Malaikat, Wali, datuk atau nenek dengan menggayakan beberapa perkara yang luar biasa untuk mengikat manusia yang didatanginya itu agar sentiasa menurut, memuja, menyembah, mengikut dan tunduk patuh kepada semua arahannya supaya tidak terputus hubungan. Saka-baka keturunan dan semua bentuk sihir, istidraj, silap mata berasal dan terbit dari sini. Permainan dewa / dewi ini hanyalah sekadar menggantikan sesuatu dengan sesuatu dan ianya terhad atau dengan mengalihkan pandangan mata. Berbeza dengan irhas, mukjizat, karomah dan ma’unah yang mana dasarnya paling sesuatu kepada sesuatu, walau seberapa banyak dan luas sekalipun.

Di dalam Agama Islam, ilmu dan amal sedemikian dipanggil ajaran sesat kerana telah menyesatkan aqidah, syariat dan akhlak seseorang insan yang berada di dalam Agama Islam sehingga dipanggil atau dinamakan syirik, murtad, kufur, munafiq, zalim dan fasiq, kerana si pengamal itu telah jatuh kepada Syirik Uluhiyyah dan Syirik Rubbubiyyah, kufur dan maksiat di dalam ilmu dan amalannya.

Tujuan mereka mengadakan yang seumpama dengan yang tersebut hanyalah semata-mata ingin mempamerkan kehebatan , kebesaran, keunggulan kepada masyarakat setempat supaya mereka disanjung, dipuja dan dipuji, dikunjungi, diambil ilmu dan amal daripadanya. Dari sini lahirlah pula individu manusia yang digelar mahaguru, mahajaguh, maharaja, pendekar, hulubalang, panglima, tok pawang, tok bomoh, tok mudim, tok bidan, mak andam dan sebagainya.

SILAT
Perkataan ‘SILAT’ berasal dari Bahasa Arab iaitu ‘As Silsilati’. Tok Guru saya kata As-Silsilati itu boleh diterjemahkan dengan perkataan perhubungan, hubung kait atau kaitan. Perkataan silat kalau diterjemahkan ke dalam bahasa kita sekarang ertinya latihan pertahan diri yang ada hubung kait, yang ada kaitan sepertimana yang diajar oleh Nabi SAW kepada sahabat, sahabat pula mengajarkan kepada tabiin dan seterusnya. Iaitu suatu latihan pertahanan diri tidak kira di atas apa juga susunan langkah yang diberi nama atau yang belum diberi nama yang disertakan dengan qosod dan tujuan menjual diri dan hartanya kepada Allah SWT dan Rasul dan sentiasa berada di atas dasar aqidah, syariat dan akhlak Rasulullah SAW
 kerana :-

a.  Menjaga kesucian Agama Islam.
b. Menjaga maruah diri dan keturunan yang beragama Islam.
c. Menjaga harta dan tanahair orang Islam.

Iaitulah suatu latihan yang bebas dari Syirik Uluhiyyah dan Syirik Rububiyyah dalam ilmu dan amal. Suatu latihan yang mengajak ahli-ahlinya berada di dalam Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Rububiyyah yang membawa kepada kemantapan aqidah, syariat dan akhlak yang sentiasa mengikat darjatnya di sisi Allah SWT.

Manakala wirid, jampi, doa pula daripada Al-Quran, Al-Hadis Nabawi dan yang diambil dari ulama’ yang ahli pada babnya yang ada untaian dan rangkaian salasilah ambilannya sehingga sampai kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW atau paling kurang sampai kepada ulama’ muktabar yang mahsyur dan dikenali umum, disamping melazimkan puasa sunat dan sembahyang sunat sebagai tetamu kepada amalan yang telah difardhukan dan diwajibkan di dalam Agama Islam.

Dari sini dapatlah difahami dengan jelas dan ketara di antara latihan pertahan diri, perbomohan, kebatinan dan kerohanian yang menurut Agama Islam dan yang tidak menurut Agama Islam berdasarkan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.


Antara perbezaan pokok yang jelas dan ketara bagi mereka-mereka yang tidak menurut Islam dalam latihan pertahan diri, kerohanian dan perbomohan atau seumpamanya itu mesti akan terdapat atau ada pada diri mereka beberapa perkara berikut :

1. Jahil Murakab.
2. Jahil Basit.
3. Ikut membabi buta.
4. Berpegang teguh kepada hukum adat semata-mata.
5. Mengikut bijaksana pemikiran semata-mata.
6. I’tiqad Hululiyyah dan I’tiqad Wahdatul Wujud.
7. Memuja roh dan penjelmaan roh ke dalam diri.
8. Jahil dalam kaedah Bahasa Arab di dalam menghuraikan ayat-ayat Al-Quran, Hadis Nabi dan kitab-kitab
     Ulama’ atau kurang cermat mentafsir ayat dan perkataan mereka.
9. Mengambil ilmu dan amal dari orang jahil aqidah, syariat dan akhlak atau orang yang tidak beramal
     dengan aqidah, syariat dan akhlak.
10. Ada perjanjian yang sama dengan hukum syarak, harus dan haram dalam hukum syarak.
11. Tidak mendekati alim ulama’ yang ahli pada babnya dan tidak mengambil nasihat dan pengajaran
      daripada mereka.
12. Mengadakan mubai’ah yang disertakan dengan sumpah bagi memberatkan diri melaksanakan yang baik
       dan menjauhkan yang jahat.
13.Berpegang teguh dan beri’tiqad yang wirid, jampi dan doa boleh menghasilkan sesuatu.
14. Menderhaka kepada Raja dan melanggar undang-undang Negara.


Ciri-ciri Latihan Pertahanan Diri, Perubatan, Perbomohan dan lain-lain menurut perspektif Islam antaranya :-
1. Sentiasa berpegang teguh kepada Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Rububiyyah dan memelihara diri supaya
     tidak terjatuh kepada Syirik Uluhiyyah dan Syirik Rububiyyah dalam ilmu dan amalan.
2. Memulakan sesuatu yang baik dengan Istighfar, Syahadatain, Taawudz dan Bismillah.
3. Tidak bercampur lelaki dan perempuan yang halal nikah dalam amalan latihan dan dalam perubatan.
4. Latihan itu hanya semata-mata ubudiyah diri, zahir dan batin kepada Allah SWT bagi meningkatkan
    keyakinan yang tinggi serta mencapai akhlak yang mulia.
5. Berpakaian yang menutup aurat.
6. Tidak membangsakan susunan langkah itu kepada apa yang dilakukan oleh Nabi SAW atau mana-mana
    Nabi dan Rasul Alaihi Massalam atau kepada mana-mana Rukun Fi’li Islam bagi mengatakan ketinggian
     dan kehebatan susunan langkahnya.
7. Latihan pertahan diri adalah suatu sunnah dalam Agama Islam jika tujuannya seperti yang tersebut dalam
     huraian perkataan silat, kerana Nabi Muhammad SAW sendiri menjadi jaguh gusti Semenanjung Arab,
     dan menjadi panglima agung dalam peperangan dan menjadi maharaja dalam pemerintahan.
8. Memperkukuhkan hubungan silaturrahim dan persaudaraan dalam Agama Islam.
9. Dibolehkan mengambil upah jampi tetapi tidak boleh menjaminkan hasil hajat dan kesembuhan penyaki
      tanpa bersandarkan kepada Allah SWT.


No comments:

Kepingan buku lama muaythai

Kepingan buku lama muaythai
Cara-cara pergerakan teknik dan ilutrasi minda dalam pembelajaran seni ini.

SEMASA DI CITY SQUARE 2010

SEMASA DI CITY SQUARE 2010
Bergambar bersama sama MR.boxx tomoi,cikgu yeoh,anuar,jemaian,dan rakan2.EVERLAST telah megadakan ulangtahun ke 100 di city square,MR.boxx tomoi dan club muayboran telah mengadakan persembahan muayboran di sini dan di temani dari ahli kelab-kelab tomoi di johor.semasa itu sambutan amatlah memberangsakan...

MR C.O.S.M.C

MR C.O.S.M.C


TAJUK SURAT KHABAR TAHUN LEPAS

TAJUK SURAT KHABAR TAHUN LEPAS
Bersemangat waja terhadap sukan muaythai.Sukan muaythai atau tomoi sudah mendapat tempat dihati penonton dan sudah ada peminat sukan ini di MALAYSIA mahun pun anak-anak kecil hingga ke dewasa.

BAJU KELAB

BAJU KELAB