LATAR BELAKANG COMBAT OF SHADOW Salam sejahtera kepada semua pembaca blog kami.Latarbelakang COMBAT OF SHADOW MUAYTHAI CLUB ini ditubuhkan pada april 2007 dengan hanya 3 orang NAKMUAY(anak muaythai).Seorang daripadanya adalah tenaga pengajar muaythai dan 2 orang lagi adalah tenaga pengajar seni silat.Ianya ditubuhkan untuk pelajar yang ingin meguasai ilmu pertahankan diri.Combat of shadow ini juga bukan bertumpu pada muaythai saja serta kepada persilatan juga.Kenapa namanya ada bunyi english,sebabnya terbuka kepada umum.semua jenis seni yang ada didalam club ini adalah dari satu guru juga.Cara pembelajaran kami adalah lebih dari cara kekampungan sedikit sebab ingin merasai suasana zaman dulu-dulu..Kami memulakan latihan pada waktu malam di kawasan taman rekreasi taman bukit indah.Latihan 4 hari dalam seminggu.Oleh kerana pelajar semakin bertambah,tempat kami berpindah randah dan telah mencecah pelajar seramai 48 orang.Disini cara dan teknik pembelajaran yang diajar amatlah berbeza sedikit,kerana tekniknya diambil dari asal yang digunakan askar siam pada tahun kurun ke18.Ianya dititik beratkan kepada seni tempur lasak untuk pertahankan diri.Seni ini ada perbezaan di antara permainan tomoi yang anda lihat diluar sana.Pembelajaran ini sangat lama untuk dipelajari dan mempuyai kesabaran yang tinggi.APA PUN SEMUA JENIS SENI MEMPERTAHANKAN DIRI DI DUNIA INI ADALAH YANG TERBAIK. YANG TIDAK BAIK ITU DATANG DARI PELAJAR ITU SENDIRI,apa pun pemberian guru kita adalah yang terbaik.harap positifkan fikiran kita,renung2kan lah... akhir kata dari kami.....WASSALAM KEPADA SEMUA PEMBACA...


COMBAT OF SHADOW MUAYTHAI CLUB

Salam sejahtera dan salam selamat kepada semua pembaca..kami ingin memberi tahu yang kami berada di alamat;COMBAT OF SHADOW MUAYTHAI CLUB NO 89B, JALAN PERSISIRAN PERLING, TAMAN PERLING, 81200 TAMPOI JOHOR BAHRU, JOHOR.

ALLHAMDULLILAH kepada yang mengikuti COSMC, dan sekarang kami telah ada gym sendiri yang beralamat di atas.Cara pembelajaran yang ada disini sangat terbuka bermaksud tidak memaksa kepada pelajar tersebut.Ianya boleh dipelajari dari semua peringgkat umur tak kira,yang penting ianya berminat.Kepada pembaca jika anda mempuyai anak sama ada anda sendiri ianya bergantung pada hati...DIlema sukan atau pembelajaran tomoi atau muaythai masih di pandang tidak selesa pada mata masyarakat dan ada yang masih tidak boleh menerima,persoalan ini yang sudah lama kami dengar. Jawapanya pun sudah lama terjawab.Semua jenis seni bela diri dinuia ini sungguh banyak dan beratus ada diseluruh negara juga bermacam-macam jenis penghayatan yang ada dan cara ilmu serta pemahaman tentang agama masing-masing(jika salah disisi agama kita maka salahlah ia,jika tidak maka tidaklah ia).Permainan atau sukan mahupun seni bela diri MUAYTHAI ini adalah asalnya dari siam.Bukan hanya seninya dari siam malah agamanya adalah budha.Adakah kita tidak dapat mengolah sistem pembelajarannya supaya dapat di miliki oleh orang yang berbangsa melayu yang megikut kaedah islam. Seni ini telahpun di olah dalam 90 peratus dari asal supaya kita tidak meyimpang dari landasan agama.Berilah kami ruang untuk mendidik anak bangsa kita sendiri ke jalan yang diredhahi oleh agama.Sitem pertahanannya tidak di tukar hanya beberapa sahaja yang di tukar.Kenapa tidak di selidik dahulu baru tahu dimana salah dan betul jalanya.Kepada pembaca blog kami,apa yang kami harapkan anda sendiri menilaikan yang mana untuk anda fikirkan untuk diri anda.Untuk menjadi juara atau peninju sukan tomoi ini kenalah banyak bersabar,banyak berlatih,kena kuat mental fizikal dan aktif.Nampak macam bahaya tapi tak bahaya pun kalau tahu tekniknya.Jika anda ingin mencuba,kami amatlah mengalu-alukan kedatangan anda ke gym kami 89b jalan persisiran perling,taman perling, 81200 tampoi , johor bahru,johor ,malaysia..Sampai jumpa..

COSMC

COSMC
KENALAN

Wednesday, 25 July 2012

PEMIKIR BANGSA

Sheikh Ahmad Bin Muhammad Zain Al-Fatani

 Pemikir Bangsa
Oleh - 'Abdullah Zaidi bin Hassan 

Syaikh Ahmad Bin Muhammad Zain Bin Mustafa al-Fatani RH adalah seorang Muslim-Melayu yang merupakan antara peribadi kemuncak di dalam sejarah tamaddun Melayu dari zaman Melaka  sehingga kini. Syaikh menyatakan sifat dirinya sebagai:

 
Yang dibangsakan kepada Imam Abi al-Hasan al-Asya‘ari mazhabnya lagi kepada Melayu bahasanya  lagi kepada Patani tuturannya lagi kepada kenyataan isyaratnya. (1)

Syaikh adalah seorang ulama yang menghabiskan umurnya berkhidmat kepada ilmu, seorang pengerak masyarakat yang berfikir merentasi  negeri kelahirannya, merangkul keseluruhan rantau Melayu dan kesejagatan ummah. Seorang yang meneruskan warisan ilmu dan hikmah para ulama dan hukama dari zaman silam serta bersedia untuk mengharungi masa mendatang yang mengandungi belbagai penemuan. Seorang sufi yang mengusahakan kejilahan hati dan agar diri tiada sunyi dari berzikir bagi menikmati kemanisan bersama Tuhannya, serta di masa sama dia bergerak cergas pula di dalam masyarakat bersama raja-raja dan para fuqara. Dia teramat sayang kepada ilmu dan amalan agamanya yang mulia, lanjutan kepada sayang yang amat itulah yang mencambahkan sayangnya kepada bangsa, tanah air dan bahasanya.

Latar Belakang Masyarakatnya Datuk beliau Syaikh Mustafa Bin Muhammad adalah seorang panglima Istana Raja Patani, yang telah mengundur diri selepas tentera Raja Patani kalah perang dengan tentera Siam, lalu membuka pondok pengajian di Kampong Sena Janjar, daerah Jambu.

Dikatakan beliau mendapat ‘pembukaan’ dari Allah dengan diperlihatkan air telaganya melimpah keluar pada suatu malam akhir Ramadan, yang beliau fahami sebagai petanda malam Lailatu al-Qadr. Beliau telah berdoa pada sisi telaga itu agar zuriat beliau menjadi ulama. Telaga itu masih ada sehingga sekarang dan berada tidak berapa jauh dari kubur beliau. Empat anak lelakinya telah menjadi ulama terbilang, Syaikh Abdul Latif telah bergiat di Bangkok, Syaikh Daud dan Syaikh Muhammad Zain, ayahnya Syaikh Ahmad bergiat di Makkah dan Syaikh Abdul Qadir, yang dikenali sebagai Tok Bendang Daya di Patani.

 

Sebelum kelahiran Syaikh Ahmad, Patani berada di dalam keadaan yang tegang. Berapa siri peperangan telah berlaku di antara tentera Siam dan tentera Raja Patani. Di dalam peperangan 1831, Long Muhammad Raja Kelantan  telah menghantar bantuan tentera di bawah pimpinan Raja Muda Kampong Laut dan Raja Banggol, sementara Sultan Terengganu telah menghantar bantuan di bawah pimpinan Panglima Tengku Idris. Takdirnya Patani telah kalah perang, Tuan Sulung, Raja Patani dan Tuan Kundur ,Raja Jala telah melarikan diri ke Kelantan, sementara Tuan Kecik, Raja Nongcik dan Tuan Dah, Raja Legeh lari ke hulu Patani. Tuan Kecik telah diburu dan dibunuh oleh tentera Siam, Tuan Dah sempat melarikan diri ke Perak. Siam telah mengancam untuk menyerang Kelantan dan Terengganu kerana telah menghantar bantuan menyokong Raja Patani. Lalu pada tahun 1832, Long Muhammad, Sultan Kelantan terpaksa menyerahkan Tuan Sulung dan Tuan Kundur kepada Siam dan Terengganu pula menyerahkan Panglima Demit, Panglima Mahmud, Panglima Pie’ dan Panglima Ahmad. Seramai 4,000 orang tawanan perang telah dibawa ke Bangkok. 

 

Pada Tahun 1838, Kedah pula melancar serangan untuk memerdekakan diri daripada Siam, iannya juga disertai oleh panglima  raja-raja Melayu lainnya, peperangan ini telah sampai hingga ke Chenok, kemudian tentera Melayu dapat dipatahkan oleh tentera Siam. Syaikh Ahmad membuat sedikit catitan tentang perjuangan yang panjang itu:

 

(Faedah) awal musuh Patani  dengan Siam itu pada tahun ular besar  iaitu tahun 1235 daripada hijrah sah dan nama raja yang musuh dengan Siam itu Long Abdul Qadir anak saudara  Raja Nik yang jadi raja dahulu daripadanya (2)

Pada tahun 1842, Kelantan berada di dalam keadaan kucar kacir kerana peperangan saudara di antara Tuan Senik Mulut Merah melawan Raja Dewa Penambang, Raja Muda Tengku Sri Indera dan Tengku Muhammad anak Raja Muda Kampong Laut. Tuan Senik telah mendapat bantuan Siam untuk mengukuhkan kedudukan baginda, sebagai penyelesaian bagi perang saudara ini, pihak Siam telah membawa Tengku Mahammad dan penyokong baginda ke Patani dan dilantik menjadi raja pada pertengahan tahun 1842, berkebetulan Patani ketiadaan raja di waktu itu.

 

Keadaan Patani agak tenteram di bawah pemerentahan Raja-raja asal Kelantan ini. Tengku Muhammad diganti oleh anakanda baginda  Tengku Putih . Pada tahun 1881. Tengku Putih pula diganti oleh Tengku Timun. Tengku Timun diganti oleh Tengku Sulaiman Syarif ad-Din pada tahun 1890. Baginda telah membuat banyak kemajuan di negeri Patani termasuklah meluruskan saliran Sungai Patani sepanjang 7km dan membina Masjid Batu di Cabang Tiga. Baginda diganti oleh Tengku Abdul Qadir Qamar ad-Din  pada tahun 1899.

 

Pada tahun 1902 Siam telah merancang untuk mengubah sistem pemerintahan di kawasan selatan dengan menghapuskan kekuasaan Raja-raja Melayu. Raja-raja Melayu telah menurunkan tanda tangan perstujuan kecuali Raja Patani, Raja Reman dan Raja Legeh. Akhirnya Raja Raman dan Raja Legeh telah dipaksa menurunkan tanda-tangan. Tinggallah Sultan Abdul Qadir yang berkeras, kemudiannya baginda dipenjarakan di utara Bangkok dan dibebaskan pada tahun 1905. Baginda telah berundur ke Kelantan dan mangkat di Kelantan pada tahun 1933. (3)

 

Ditakdirkan Allah yang keseluruhan hidup Syaikh Ahmad bersamaan dengan tempuh pemerintahan Raja asal Kelantan di Patani, beliau dilahirkan pada tahun pertabalan Tengku Puteh sebagai Raja Patani dan beliau meninggal selepas Raja terakhir dari keturunan ini dilucutkan kuasa oleh Kerajaan Siam. Begitupun Syaikh Ahmad bergiat di Hejaz dan Masir bukan di tanah tumpah darahnya, Patani. Syaikh Ahmad mencatitkan:

 

(Faedah) Diperanakkan Ahmad Bin Muhammad Zain Bin Mustafa Bin Muhammad Fatani pada malam jumaat waktu jendera budak 5 haribulan Syaaban daripada tahun 1272, tahun ular besar pada bulan 5 daripadanya dengan istilah Siam pada hari yang keenam daripada bulan yang keenam pada istilah Melayu dan tempat beranaknya pada kampong Jambu, negeri Jerim daripada bumi Patani dan masya’nya kampong Jambu itu dan Kampong Sena Janjar. (4)

Syaikh Ahmad tidak lama membesar di Patani, ketika berusia empat tahun beliau telah dibawa oleh ayahnya ke tanah suci, Makkah. Di sini beliau telah menjalani kehidupan sebagai seorang penuntut yang gigih, ketika berumur belasan tahun beliau menyambung  pelajarannya di Masir. Di sana beliau telah mula menghasilkan tulisan sendiri dan terjun di dalam kerja-kerja penerbitan kitab-kitab Melayu .

 

Beliau kembali ke Makkah sebagai seorang ilmuan yang disegani dan penyair yang terbilang. Beliau segera didatangi oleh murid-murid yang ramai terutama dari rantau Melayu. Walaupun terdapat ramai ulama dari rantau kita di waktu itu yang bergiat di bumi Makkah, tetapi kedudukan Syaikh Ahmad agak teristimewa. Selain daripada menguasai ilmu-ilmu tradisional agama seperti ulama yang lainnya,beliau juga memiliki kesungguhan untuk memahami perkembangan kemajuan yang sedang pesat berlaku dan beliau berusaha untuk memanafaatkan kemajuan itu untuk meninggikan agama Islam dan memartabatkan bangsanya. 

 

Beliau juga telah mengadap  Sultan Abdul Abdul Hamid II untuk membenarkan percetakan kitab-kitab Melayu di Makkah. Beliau juga telah membawa beberapa orang muridnya mengunjungi Syam untuk bertemu Syaikh Muhammad Yusuf an-Nabhani, kemudian mengunjungi Masir dan bertemu dengan Syaikh Muhammad Abduh.  Beliau juga menghantar muridnya ke beberapa daerah untuk tujuan dakwah, terutamanya beberapa muridnya telah pergi ke Kemboja  Beliau mengambil berat tentang nasib yang menimpa anak bangsanya  [istilah Syaikh Ahmad ialah anak jenisnya].

 

Zaman Syaikh Ahmad bergiat berkebetulan dengan zaman kejatuhan  kerajaan Uthmaniyyah di Istanbul,  banyak daripada kawasan pemerentahan Uthmaniyyah telah jatuh ke tangan negara-negara barat. Syaikh sangat mengkagumi sejarah  kebesaran kerajaan Uthmaniyyah di zaman lampau dan mengharapkan pemerentahan Uthmaniyyah  akan berterusan demi kepentingan ummah. Di waktu yang sama  beliau sangat insaf tentang kelemahan dan kemunduran ummah serta kekuatan pihak lain hasil kemajuan yang sedang berlaku di Eropah dan Amerika ketika itu.

 

Jarak masa yang mana syaikh bergiat-cergas dengan kerja-kerjanya di dalam bidang-bidang yang belbagai itu tidaklah begitu panjang. Ketika umurnya baru lima-puluh dua tahun, syaikh telah kembali menemui Tuhan.  Di dalam surat yang dikirim oleh bapa saudaranya Syaikh Wan Daud bin Mustafa serta anaknya Syaikh Wan Ismail kepada Tengku Long Bin Tengku Ngah, Besut, dinyatakan:

 

Hadrat Tuanku yang mulia serta hamba Tuanku mengurniakan sembah dari hak hamba Tuanku, Wan Ahmad bin Almarhum al-Haj Wan Muhammad Zain itu sudah kembali ke rahmatullah pada malam sebelas haribulan Zu al-Hijjah [1325H]di Mina. Maka dibawa turun ke Makkah, maka ditanam di Ma’la, dengan sebab mati sebelah tubuh. Awal sakitnya pada dua puluh dua  Jamadu al-Akhir [1325H]. Maka dapat (sembuh) sedikit, kemudian bertambah pula. Pada lepas puasa enam maka hingga [dapat sembuh] sedikit pula, boleh naik haji. Maka tatkala lepas zuhur hari raya haji maka kena pula [serangan penyakit] hingga sampai lepas maghrib hingga habis umurnya….dan demikian lagi al-Haj Wan Muhammad Zain bin Almarhum al-Haj Mustafa [ayahanda Syaikh Ahmad] itu pun kembali ke rahmatullah juga pada lapan belas haribulan Zu al-Hijjah [1325H] dengan sebab sakit cara orang tuha sahaja. (5)

Memahami  perkiraan asas inilah yang menjadi kunci bagi kita memahami corak pemikiran Syaikh Ahmad dan dengan itu dapat kita jadikan pedoman dalam menyelusuri pengaruh pemikirannya ke atas masyarakat.

 

Memandangkan keterbatasan ilmu serta kekurangan maklumat yang ada pada pencatit ini, maka kebanyakan contoh kesan pemikiran Syaikh Ahmad ke atas masyarakat tertumpu kepada pengalaman-pengalaman di Kelantan, walaupun sudah barang tentu pengaruh pemikiran Syaikh Ahmad adalah lebih meluas daripada itu.

KENANGAN SYAIKH WAN AHMAD ULAMA GEMILANG

KENANGKAN SYAIKH WAN AHMAD ULAMA GEMILANG

 
Kenangkanlah sumbangan Tok Wan Ahmad
Ulama gemilang penyuluh zaman
Penulis cemerlang pembawa harapan
Perintis perjuangan anak bangsa dan watan
Penyambung faham dari rantaian ulama silam
Serta bersedia bagi berdepan perubahan mendatang
 
Tok Wan Ahmad milik seluruh ummah bangsa ini
Nasab bapanya keturunan besar dari Patani
Serta ibunya berasal dari Pasir Mas Kelantani
Nama dan jasanya terlalu indah bagi dikenangi
Tok Wan Ahmad dalam usianya sesingkat itu
Menabur jasa buat para penuntut serta guru
Mewaris tulisan dan cara fikir yang jitu
Menumbuhkan semangat  serta kegigihan yang baru
Mencambahkan ulama dan pentadbir bangsa Melayu
Tok Wan Ahmad mudanya penuntut Azhar dan Makkah
Hebat berpuisi serta syair dia bermadah
Sehingga cantiknya bahasa dan bidalan digubah
Mempunyai sarat erti penuh hikmah
Kebenaran disampainya dengan bahasa yang tersangat indah
Tok Wan Ahmad ke Istanbul berjumpa Abdul Hamid Sultan Uthmani
Membawa harapan bangsa agar kitab Melayu dapat dicetaki
Maksudnya termakbul dan disambut Sultan dengan penuh ikrami
Tok Wan juga menziarahi Beirut menemui Syaikh Yusuf an-Nabhani
Ulama kerohanian pembela mazhab dan pencinta Ahla al-Baiti
Kemudian ke Qahirah berjumpa Muhammad Abduh syaikh al-Azhari
Pemikir cara baru perintis perubahan bagi sebahagian ummah ini
Tok Wan Ahmad hampir 100 tahun telah pergi
Jasa dan pusakanya belum sempat habis kita gali
Kerdilnya bangsa sekiranya tokoh agung ini terus dilupai
Kerana sibuk dengan kemajuan dan bahas duniawi
Sehingga warisan agung bangsa tiada mahu kita fahami
Marilah kita jernihkan hati dan perasaan
Kita menumpang tuah tokoh ini yang penuh keberkatan
Kita akur anjurannya agar dilaksanakan kemuafakatan
Kita dabikkan perasaan yang agama akan kita dirikan
Kita azamkan putus bagi maksiat kita tumbangkan
Fahaman ulama silam akan terus kita sambungkan
Agar Melayu kita akan menjadi bangsa gemilang
Marilah kita turuti saranan Tok Wan Ahmad
Kita jadikan bumi ini perbendaharaan ilmu, perladungan kepandaian
Kita gunakan kemudahan sezaman untuk menegak agama anutan
Agar Melayu ini bertambah kemajuan di dalam taatnya kepada Tuhan
Agar Melayu ini akan berdaulat berumbikan faham keagamaan
Agar Melayu ini punyai nilai diri dan bukan sekadar buih lautan
Tok Wan Ahmad berada pada gerbang zaman
Selayaknya kita jadikan dia imam ikutan
Bagi berderpan dengan zaman yang penuh cabaran
Nilai agama dan maruah bangsa sedangkan dikoyakkan
Oleh anasir-anasir yang benci kepada kebajikan
Ingatlah pesan Tok Wan Ahmad
Tegakkan agama, teguhkan bangsa, binalah tanah air tercinta
Sebagai watan Islami yang berdaulat merdeka
Sehingga kita menjadi Melayu berakal budi, hebat berfikir, indah budaya
Memiliki keberkesanan cara siyasahnya, bijak mendalam faham ilmunya
Umpama pohon bertunjang teguh di bumi, dahannya menyentuh awan yang tinggi
Serta mengeluarkan buahannya apabila sampai detiknya nanti
Tok Wan Ahmad
Hari ini kami berhimpun bagi mendapat sedikit fahaman
Dari warisan Tok Wan yang nilainya gilang cemerlang
Semoga kami semuanya mendapat restu taufik dari Tuhan
Rahmat-Nya tercurah dengan penuh keberkatan
Wahai Tuhan, anugerahilah kami kekuatan bagi mendapat pengertian
Serta bagi kami amalkan pusaka berharga tinggalan Tok Wan   

Amin

Bi jahi Sayyidi al-Mursalin
Wa alihi wa sahbihi ajmain
Ya Rabba al-‘Alamin (90)

TOK KENALI


SILAT DAN PERBOMOHAN MENURITI ISLAM




SILAT DAN PERBOMOHAN MENURUT ISLAM

Sebelum dihuraikan perkataan ‘silat’, terlebih dahulu dihuraikan perkataan ‘gayung’. Perkataan ‘gayung’ asalnya daripada perkataan Melayu Kuno. Asal perkataannya terbit daripada perkataan ‘gawang’. Sebagai contoh gawang tangan, gawang siku, gawang kepala, gawang badan, gawang lutut, gawang kaki, menolak, menyepak, menepis sesuatu kejahatan yang datang pada diri.
Perkataan ‘gawang’ ertinya satu sifat yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada semua jenis bernyawa yang terdiri daripada manusia dan binatang bagi menolak jahat dan menerima baik sama ada secara tiba-tiba ataupun melalui susunan latihan. Daripada perkataan ‘gawang’ inilah terbitnya perkataan ‘gayung’.
Perkataan ‘gayung’ pula kalau diterjemahkan ke dalam bahasa kita sekarang ertinya susunan langkahan pertahanan diri iaitu setiap satu susunan langkahan yang disertakan dengan tumbuk-menumbuk, sepak-menyepak, terajang, tepis- menepis, lompat-melompat, elak-mengelak dan sebagainya, kaedah ini memang ada pada setiap bangsa di dunia.

Sebagai contoh :-

Di Thailand dikenali sebagai ‘Muay’ Thai.
Di kalangan Melayu dikenali sebagai ‘Gayung’.
 Di Cina dikenali dengan Kung Fu.
Di Jepun dikenali sebagai Judo.
Di Parsi dikenali sebagai Gusti.
Di India dikenali sebagai Silambam.

Kecepatan, ketangkasan dan kelasakkan dalam latihan gayung (latihan pertahan diri) terwujud hasil daripada lama masa dan tabah di dalam melaksanakan latihan tersebut. Setengah-setengah bangsa khususiah kelompok orang-orang Melayu berusaha mencari suatu cara atau suatu aturcara yang boleh dikepilkan atau disertakan dalam diri atau di luar diri bagi tujuan menzahirkan kehebatan yang lebih berganda-ganda sehingga di luar batas pemikiran biasa. Untuk itu wujudlah berbagai bentuk jampi serapah, kunjungan dan pemujaan mengikut kaedah gaya dan selera masing-masing.

     Antara rupa bentuk pemujaan adalah :

a. Semahan darah-darah binatang haram atau halal.
b. Menyembah dan memuja rangka badan manusia atau binatang atau yang seumpama dengannya.
c. Menyembah dan memuja rupa bentuk sesuatu sama ada besar atau kecil dari alat-alat senjata.
d. Mengadakan jamuan makanan dan minuman yang halal atau haram.
e. Alat-alat bunyian.
f. Adapun jampi serapah pula adalah daripada kalimah-kalimah atau ayat-ayat yang direka sendiri mengikut
    khayalan atau dalam mimpi atau bisikan atau dari suara yang tidak diketahui arah datangnya atau tuannya.
g. Pelbagai benda atau tulisan dijadikan tangkal atau azimat.

Apabila si pengamal yang bercita-cita atau berhajat mendapatkan atau menzahirkan suatu kelebihan maka ia akan melazimkan sepenuh diri dengan mengadakan sepenuh tumpuan kepada semua bentuk pemujaan, jampi serapah dan amalan tersebut. Dikala itu akan datanglah suatu lembaga sama ada di dalam mimpi, khayalan atau dalam jaga, berjanji menolong dalam semua bentuk kerja buat dengan syarat patuh kepada semua perjanjian yang diberi dan ditetapkan.
Lembaga ini dikenali dengan panggilan ‘dewa / dewi’ oleh masyarakat Melayu silam. Di dalam Al-Quran pula dipanggil dengan perkataan ‘jin’, manakala bahasa moden memanggilnya dengan ‘laser’ atau ‘hologram’.


‘Dewa / dewi’ (jin) ini menzahirkan rupa diri dalam bentuk manusia mahupun binatang ataupun yang seumpamanya dan kadang-kadang akan menjelma masuk dalam diri manusia dengan mengaku atau memperkenalkan diri sebagai Tuhan, Nabi, Malaikat, Wali, datuk atau nenek dengan menggayakan beberapa perkara yang luar biasa untuk mengikat manusia yang didatanginya itu agar sentiasa menurut, memuja, menyembah, mengikut dan tunduk patuh kepada semua arahannya supaya tidak terputus hubungan. Saka-baka keturunan dan semua bentuk sihir, istidraj, silap mata berasal dan terbit dari sini. Permainan dewa / dewi ini hanyalah sekadar menggantikan sesuatu dengan sesuatu dan ianya terhad atau dengan mengalihkan pandangan mata. Berbeza dengan irhas, mukjizat, karomah dan ma’unah yang mana dasarnya paling sesuatu kepada sesuatu, walau seberapa banyak dan luas sekalipun.

Di dalam Agama Islam, ilmu dan amal sedemikian dipanggil ajaran sesat kerana telah menyesatkan aqidah, syariat dan akhlak seseorang insan yang berada di dalam Agama Islam sehingga dipanggil atau dinamakan syirik, murtad, kufur, munafiq, zalim dan fasiq, kerana si pengamal itu telah jatuh kepada Syirik Uluhiyyah dan Syirik Rubbubiyyah, kufur dan maksiat di dalam ilmu dan amalannya.

Tujuan mereka mengadakan yang seumpama dengan yang tersebut hanyalah semata-mata ingin mempamerkan kehebatan , kebesaran, keunggulan kepada masyarakat setempat supaya mereka disanjung, dipuja dan dipuji, dikunjungi, diambil ilmu dan amal daripadanya. Dari sini lahirlah pula individu manusia yang digelar mahaguru, mahajaguh, maharaja, pendekar, hulubalang, panglima, tok pawang, tok bomoh, tok mudim, tok bidan, mak andam dan sebagainya.

SILAT
Perkataan ‘SILAT’ berasal dari Bahasa Arab iaitu ‘As Silsilati’. Tok Guru saya kata As-Silsilati itu boleh diterjemahkan dengan perkataan perhubungan, hubung kait atau kaitan. Perkataan silat kalau diterjemahkan ke dalam bahasa kita sekarang ertinya latihan pertahan diri yang ada hubung kait, yang ada kaitan sepertimana yang diajar oleh Nabi SAW kepada sahabat, sahabat pula mengajarkan kepada tabiin dan seterusnya. Iaitu suatu latihan pertahanan diri tidak kira di atas apa juga susunan langkah yang diberi nama atau yang belum diberi nama yang disertakan dengan qosod dan tujuan menjual diri dan hartanya kepada Allah SWT dan Rasul dan sentiasa berada di atas dasar aqidah, syariat dan akhlak Rasulullah SAW
 kerana :-

a.  Menjaga kesucian Agama Islam.
b. Menjaga maruah diri dan keturunan yang beragama Islam.
c. Menjaga harta dan tanahair orang Islam.

Iaitulah suatu latihan yang bebas dari Syirik Uluhiyyah dan Syirik Rububiyyah dalam ilmu dan amal. Suatu latihan yang mengajak ahli-ahlinya berada di dalam Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Rububiyyah yang membawa kepada kemantapan aqidah, syariat dan akhlak yang sentiasa mengikat darjatnya di sisi Allah SWT.

Manakala wirid, jampi, doa pula daripada Al-Quran, Al-Hadis Nabawi dan yang diambil dari ulama’ yang ahli pada babnya yang ada untaian dan rangkaian salasilah ambilannya sehingga sampai kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW atau paling kurang sampai kepada ulama’ muktabar yang mahsyur dan dikenali umum, disamping melazimkan puasa sunat dan sembahyang sunat sebagai tetamu kepada amalan yang telah difardhukan dan diwajibkan di dalam Agama Islam.

Dari sini dapatlah difahami dengan jelas dan ketara di antara latihan pertahan diri, perbomohan, kebatinan dan kerohanian yang menurut Agama Islam dan yang tidak menurut Agama Islam berdasarkan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.


Antara perbezaan pokok yang jelas dan ketara bagi mereka-mereka yang tidak menurut Islam dalam latihan pertahan diri, kerohanian dan perbomohan atau seumpamanya itu mesti akan terdapat atau ada pada diri mereka beberapa perkara berikut :

1. Jahil Murakab.
2. Jahil Basit.
3. Ikut membabi buta.
4. Berpegang teguh kepada hukum adat semata-mata.
5. Mengikut bijaksana pemikiran semata-mata.
6. I’tiqad Hululiyyah dan I’tiqad Wahdatul Wujud.
7. Memuja roh dan penjelmaan roh ke dalam diri.
8. Jahil dalam kaedah Bahasa Arab di dalam menghuraikan ayat-ayat Al-Quran, Hadis Nabi dan kitab-kitab
     Ulama’ atau kurang cermat mentafsir ayat dan perkataan mereka.
9. Mengambil ilmu dan amal dari orang jahil aqidah, syariat dan akhlak atau orang yang tidak beramal
     dengan aqidah, syariat dan akhlak.
10. Ada perjanjian yang sama dengan hukum syarak, harus dan haram dalam hukum syarak.
11. Tidak mendekati alim ulama’ yang ahli pada babnya dan tidak mengambil nasihat dan pengajaran
      daripada mereka.
12. Mengadakan mubai’ah yang disertakan dengan sumpah bagi memberatkan diri melaksanakan yang baik
       dan menjauhkan yang jahat.
13.Berpegang teguh dan beri’tiqad yang wirid, jampi dan doa boleh menghasilkan sesuatu.
14. Menderhaka kepada Raja dan melanggar undang-undang Negara.


Ciri-ciri Latihan Pertahanan Diri, Perubatan, Perbomohan dan lain-lain menurut perspektif Islam antaranya :-
1. Sentiasa berpegang teguh kepada Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Rububiyyah dan memelihara diri supaya
     tidak terjatuh kepada Syirik Uluhiyyah dan Syirik Rububiyyah dalam ilmu dan amalan.
2. Memulakan sesuatu yang baik dengan Istighfar, Syahadatain, Taawudz dan Bismillah.
3. Tidak bercampur lelaki dan perempuan yang halal nikah dalam amalan latihan dan dalam perubatan.
4. Latihan itu hanya semata-mata ubudiyah diri, zahir dan batin kepada Allah SWT bagi meningkatkan
    keyakinan yang tinggi serta mencapai akhlak yang mulia.
5. Berpakaian yang menutup aurat.
6. Tidak membangsakan susunan langkah itu kepada apa yang dilakukan oleh Nabi SAW atau mana-mana
    Nabi dan Rasul Alaihi Massalam atau kepada mana-mana Rukun Fi’li Islam bagi mengatakan ketinggian
     dan kehebatan susunan langkahnya.
7. Latihan pertahan diri adalah suatu sunnah dalam Agama Islam jika tujuannya seperti yang tersebut dalam
     huraian perkataan silat, kerana Nabi Muhammad SAW sendiri menjadi jaguh gusti Semenanjung Arab,
     dan menjadi panglima agung dalam peperangan dan menjadi maharaja dalam pemerintahan.
8. Memperkukuhkan hubungan silaturrahim dan persaudaraan dalam Agama Islam.
9. Dibolehkan mengambil upah jampi tetapi tidak boleh menjaminkan hasil hajat dan kesembuhan penyaki
      tanpa bersandarkan kepada Allah SWT.


Kepingan buku lama muaythai

Kepingan buku lama muaythai
Cara-cara pergerakan teknik dan ilutrasi minda dalam pembelajaran seni ini.

SEMASA DI CITY SQUARE 2010

SEMASA DI CITY SQUARE 2010
Bergambar bersama sama MR.boxx tomoi,cikgu yeoh,anuar,jemaian,dan rakan2.EVERLAST telah megadakan ulangtahun ke 100 di city square,MR.boxx tomoi dan club muayboran telah mengadakan persembahan muayboran di sini dan di temani dari ahli kelab-kelab tomoi di johor.semasa itu sambutan amatlah memberangsakan...

MR C.O.S.M.C

MR C.O.S.M.C


TAJUK SURAT KHABAR TAHUN LEPAS

TAJUK SURAT KHABAR TAHUN LEPAS
Bersemangat waja terhadap sukan muaythai.Sukan muaythai atau tomoi sudah mendapat tempat dihati penonton dan sudah ada peminat sukan ini di MALAYSIA mahun pun anak-anak kecil hingga ke dewasa.

BAJU KELAB

BAJU KELAB